Showing posts with label Complain. Show all posts
Showing posts with label Complain. Show all posts

Thursday, January 27, 2011

PTPTN Secara Ujrah 1%! PTP Tipu.

Dibenarkan untuk copy-paste ke mana-mana, dengan menyertakan link ke halaman ini:
http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=645656#645656

Oleh: Adou_Fr

Salam,

1-- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2-- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3-- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4-- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5-- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6-- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7-- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8-- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9-- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10-- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11-- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12-- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13-- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14-- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15-- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16-- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17-- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18-- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19-- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secaraclean atas topeng Syari`ah.

ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟

WaLlahu a`lam.

Sumber asal:
http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=645656#645656

Bacaan berkaitan:
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/859-ptptn-baru-berasaskan-ujrah--ulasan-saya.html


P/S ; Kuang hajaw! Gila banyak riba'!
Read more!

Tuesday, December 7, 2010

Salah Faham Pemakaian Tudung - Stop Being Ignorance!

STOP BEING INGNORANCE.
Sumber daripada Google.com

Saya tertarik dgn satu komen yg sangat menyentuh hati saya. Saya ambil dari http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/07/salah-faham-pemakaian-tudung.html.

Dalam blog post Salafus-Solihin ni adalah tentang salah faham pemakaian tudung oleh remaja & kaum wanita sekarang. Termasuk dalam etika pemakaian unit uniform di sekolah² or pakaian pegawai or nurse². Boleh baca sendiri lah ye?

Tapi yg sangat tak menyedapkan hati saya bila ramai yg menjadi pengkritik berbanding memuji usaha murni Salafus-Solihin yg cuba berdakwah tentang pemakaian tudung yg baik.

Komen di bawah adalah yg terbaik:

"I'm not a preacher.. and im not perfect.. In fact i'm the worst! but still, when i read throughout the comments, i can see some ppl are being ignorant. Too much ignorance until they forgot where they come from,who made them the way they were today. I do forget it most of the times. But when a certain ppl such as salafus sholih do or post something like this, I came to realize what I did wrong in my life.. Admit that we were definitely far far away from the way we were supposed to be.. But thanks to ppl like Salafus, who keep reminding us. Remind who we were.. Where do we came from.. And what is our purpose..

So, my point is..stop being so ignorance.. Lots and lots of ppl trying to help us back to THE ONE.. We should be grateful.. At least, in this wretched world, we still have ppl who care for us.who we can call Sahabat..who fight to bring us to the Islam's way.. Remind us who we truly are.. So, we should be thankful.. Not criticizing for the deeds that our Muslim's brother had done..

LEARN TO ACCEPT.. not to ignore..

Thanks my brother..

Assalamualaikum..
"

Source: Google.com

Sepatutnya, kita menjadi seperti Anonymous yang ini, bukan Anonymous yg pengecut, hanya tau mengkritik, mencari salah orang itu sedangkan apa yang cuba disampaikan adalah baik. Sekurang-kurangnya, Salafus-Solihin sudah memblurkan wajah si pemakai tudung tersebut & tidak jelas. Video nya tidak pula saya lihat, mungkin telah dipadamkan. Tetapi saya pernah melihat satu video di Facebook berkenaan pemakaian tudung & aurat perempuan.

(Video itu menyebabkan saya memadamkan semua gambar sayadi Facebook & tidak membenarkan sesiapa melihatnya lagi)

Dan lebih baik daripada orang lain tu nak mengutuk, volunteer kan diri anda untuk mencipta satu video kartun or ilustrasi mcmna nak tutup aurat dgn cara memakai tudung.

Kadang² kita tak sedar, orang non-muslim memerhatikan kita berbalah sesama kita. Sepatutnya perkara ni semua orang dah tahu. Bukan nya memberi alasan. Antara alasan yg dibuat boleh dibaca dalam link ni: http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/12/alasan-kebiasaan-si-pelaku-dedah-aurat.html. Buat yang sudah berubah, tahniah. Saya juga sedikit sebanyak cuba memberi nasihat kepada certain² orang yg saya sayang utk berubah. TQ Salafus-Solihin. Blog anda saya baca dan saya adalah silent reader.

Source from Google.com


P/S; Bukan semua orang betul, bukan semua orang salah. A,bil iktibar, ambil yang baik. Yang salah jangan diungkit, jangan dibesarkan. Read more!

Monday, December 6, 2010

Ayah masuk Balai Polis



Sekarang ni dah mula dah sindiket Ayah masuk Balai Polis & what so ever. Mintak tolong anak top up kan. Selalu nya jumlah RM30. Haritu terbaca dalam blog shiapa tah, lupa, nk search balik tak jumpa. Em, dah jumpa. Kat blog Azrul Hisham. Melalui entry http://azrulhisham.blogspot.com/2010/11/scam-terbaru-sms-dari-individu-yang.html berwajahkan seorang pakcik.

Contoh ayat dalam sms tu adalah:

1-- Ini ayah Tlong bagi credit mexis 30RM ke nombor baru ayah 0128271042 ayah lgi ada msalah kat balai Police. Ta payah call sekejap ayah call. 

2-- Ni mak guna hp org, tlg isikan mak topup RM30 di no baru mak 0178343217 psl mak ada kes kat balai polis.tlg cpt skit.

dan lain-lain.

Adik saya, yang baaaaaru masuk belajar kat Politeknik JB menerima sms bodoh ni. Adik saya tu mane la tau, ayah betul² masuk balai ke ape. Nervous budak kecit tu. Call mama, tanya macam². Cilaka itu org yg taip sms. Ayat macam org Bangla tak pun Indon.

Modus Operandi rasanya:
1-- Select je mane² no.phone kat kedai top up.
2-- Menggunakan gelaran "Ayah", "Pakcik", "Mak", "Ayah Mertua" dan sebagainya.
3-- Meminta topup RM30 atau 30RM (yang ditaip).
4-- Keadaan konon² baru beli nombor baru atau guna no.hp kawan.
5-- Berada di balai polis.
6-- Minta jgn call atau kejap lagi nak call.
7-- Yang penting, topup adalah segera.

Kalau ada yg tertipu, itu pun sebab nama gelaran tu kebetulan sama. Nasib baiklah adik saya call Mama & saya cepat² bagitau adik, jangan dilayan sms tu sbb tu sindiket nak tipu duit utk topup.
Sms tu adik sent ke henpon Mama tapi Mama dah ter-delete so tak dapat nak show kat sini.

Tapi apa² pun, korang janganlah percaya dgn senang. Kalau betul pun, hubungilah saudara terdekat yg tau lokasi ayah² korang, mak² korang atau pakcik² korang ;) supaya korang tak kena tipu.


P/S; Duit susah nak dapat, senang nak hilang. Read more!

Wednesday, November 24, 2010

I hate Celcom


Entah kenapa, tak best langsung bila dengar bunyi mesej.
Dah dekat 2 ke 3 bulan, asyik bunyik je henpon ni.
Patotnya saya happy, sebab dapat mesej.
Tapi...kalau da mesej tu bukan encik boyfren yang bagi?
Kalau mesej tu bukan pasal nak bagi 'durian runtuh'?
Kalau mesej tu sampai masa saya tengah tunggu encik boyfren mesej?

And the rest of your post here
Ni mula la nak membebel ni...hahahahaa.

Biasanya henpon Nokia saya ni akan berbunyik bila encik boyfren mesej.
Tapi beliau jarang menulis mesej jadi jarang la berbunyik.
Apa yang menyebabkan kebengangan adalah, mesej yg sampai adalah daripada Celcom & kadang² dari sumber mana² tah.
Kalau takat nak tanya pelanggan pasal servis ke apa ke, bole diterima lagi.
Ada pasal seks la, pasal cinta la, pasal masak la, pasal macam² lagi.

Baaaaru je kejap tadi, mesej sampai.

"Buntu? Tidak tahu apa yang ingin dimasak hari ini? Sila taip ...blablablabla"

Benda² ni suma dah serupa spam dalam inbox henpon.
Mesej pagi ni better la dari yg sebelum² nya.

Bukan saye sorang je yg kena. Housemate saya pon kena jugak. Tak tau la org lain kena ke tak.
Dia pun pakai Celcom. Bila dia mesej tah apa² tu, saya kompem dapat.
Bila saya dpt mesej tah apa² tu jugak, dia pun kompem dapat.

P/S; Apa cita ni Celcom? Tah suka la macam ni...mengganggu emosi.
Kadang² tengah happy² dapat mesej pasal seks la, macam² lagi. Tak best langsung. Read more!

Friday, October 15, 2010

GSTT oh GSTT!

A mean teacher (Google.com)
Kali ni nak buat topik menyindir mengutuk pulak.
Pasal kegeraman kepada beberapa orang yang lebih sudu dari kuah.
Saya ni tak lah sempurna mana. Tetapi ada beberapa masalah yang telah ditimbulkan leh beberapa orang GSTT yang memburukkan nama mereka sendiri di tempat kerja.
Bukan sahaja masalah pentadbir yang beri muka, tetapi mereka juga yang tak sedar diri.

1-- Lebihkan kerja sosial daripada akademik.

Boleh pulak cekgu biasa me'relief'kan GSTT ni yang keluar sekolah kerana aktiviti luar. Padahal GSTT tidak boleh bawa budak keluar untuk aktiviti ko-kurikulum. Mama saya pernah menghadiri suatu kursus yang dianjurkan oleh PPD, di mana pada waktu pendaftaran, pegawai PPD telah menanyakan jika ada GSTT yang hadir kursus itu, diminta pulang ke sekolah. Segala kos dan akibat ditanggung sendiri. Ini kerana, GSTT tidak boleh meninggalkan sekolah.

2-- Kuat mengampu.

Apa yang saya nak, mereka sedar diri dan lakukan kerja di sekolah hanyalah kerana kerja semata-mata kerana mereka berada di sekolah di atas kontrak dan boleh diberhentikan bila-bila masa. Bila dah tahu keadaanya begitu, lain pula kerja. Mengampu ketua yang kebetulan anaknya juga GSTT. Aduihh, payah lah.

3-- Mengajar MUET tetapi kertas exam suruh cekgu lain yang tanda.

Guru English banyak tetapi kerana nak menyelamatkan GSTT itu, disuruhnya GSTT mengajar MUET. MUET guru GSTT tersebut dah lah Band 3 je. Nak lebih². Alasan pentadbir menyuruh GSTT mengajar MUET adalah pelajar² tak malu untuk menutur bahasa Inggeris rojak jika cikgunya pun turut sama. Bila musim exam, dah lah kertas soalan cekgu tu dah sediakan, staplerkan. Dah mengajar, pandai² lah nak tanda. Boleh pulak suruh cekgu ni yang tanda. Haish.....

4-- Buli sesama mereka.

Bila ada yang muda sikit, terus nak buli habis-habisan. Bila ada yang pendiam sikit, bagi kerja banyak². Bila sesi mengajar berlainan je, bila ada meeting je, yang sesi petang je tak tahu. Bila tak tahu, salahkan orang tu. Kalau nak dibandingkan kerja kawan GSTT saya ni dan mereka, jauh berbeza. Kawan GSTT saya ni lebih banyak buat persediaan sebelum mengajar berbanding mereka ni. Sebab dia tahu, ayahnya juga cekgu. Tak macam GSTT lain tu.


Tolonglah, sedar. Awak tu hanyalah Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Orang yangberminat untuk jadi cekgu bukannya buat kacau kat sekolah saya! Dah lah takde sijil atau diploma atau ijazah dalam bidang perguruan. Sedarlah yang awak tu berkhidmat secara kontrak dan boleh ditamatkan bila-bila masa.

Saya ni bukan lah nak berkira sangat dengan mereka tapi kalau mereka sendiri yang buat onar? Saya tak pernah membezakan sesiapa. Yang saya minta cuma, behave. Walau bagaimana pun, tak semuanya yang begitu. Ada GSTT yang telah menjalankan tugas dengan baik. Pengalaman mereka itu boleh dihargai dan digunakan dengan menyerap mereka masuk menjadi guru tetap. Kalau lah saya boleh suggest kan nama siapa yang boleh dilantik atau diserap menjadi guru tetap..............

P/S; Maaflah kepada siapa yang terasa. Hormatilah orang yg sepatutnya dan lakukan kerja anda dengan ikhlas. Read more!

Maybankard Failure?

Tahun lepas adalah first time nya saya join Maybank account bank.
Dapat Maybankard - gambar cherry. Debit kad.



Nak dijadikan cerita, kad tu tak boleh diproses.
Geram dibuatnya! Dah try guna di ATM Maybank, dari Kajang ke Batu Pahat.
Paparan tulisannya tetap sama.

Kad anda tidak boleh diproses.
Sila ambil kad anda dan hubungi bank.


Kepala hotak dia. Geram nya lah.

Nak kata kad rosak, elok je lagi. Calar takde lah sangat.
Siap bungkus dalam plastik lagi. Dah lah jarang guna.
Bila nak guna, macam tu pulak jadinya.
Before this, pernah jadi macam tu. Tapi bila try guna kat ATM lain, boleh pulak keluarkan duit.
Kad kalau elok lagi, takkan nak kena tukar?
Lain lah kalau bengkok ke, karat ke, calar-balar ke.
Dah lah kena bayar RM12!

Bila tanya kenapa kad boleh rosak.....

Saya; Emm. Macamana kad ni boleh rosak eh?
Staf; ....
Saya; Kad tu elok je lagi. Tak calar, tak rosak, tak karat. Saya simpan dalam plastik lagi. Dah lah jarang guna.
Staf; .... (tak dijawab) Dah lama guna kad ni?
Saya; Baru je lagi. Dalam setahun. Saya buka akaun kat bank ni lah.
Staf; .... (tak dijawab) Kerja ke belajar lagi?
Saya; Kerja.
Staf; Kat mana?
Saya; Sekolah. Cekgu.
Staf; Tak kerja ke?
Saya; Petang.
Staf; Ada buat simpanan atau insurans?


Ha.....? Itu yg dia sibuk nak tanya. Yang saya tanya? Tak terjawab pun.
Sibukkan side income. Customer services tak dilayan.
Fed up!

Housemate saya pun mengalami nasib yg sama.
Gunakan kad debit yang sama. Failure yang sama. Charge RM12 yang sama.

Kes lain - Rakan sekerja saya.
One day, beliau mengeluarkan duit dari Maybank dan ingat ada baki lagi RM100 dalam akaun.
Kemudian, bila kemudiannya beliau nak keluarkan duit tu, bila tengok baki tinggal RM80.
Pelik lah. Takkan main ambil duit orang macam tu je?

P/S; Perbaiki perkhidmatan anda! Read more!

Pengampu & Pengipas

Pengampu in English bermaksud:

You can call such a person a “flatterer”, but if you want to be more colourful and say that the flattery is insincere, you can use “toady” or “sycophant” which are defined as “a person who praises and is artificially pleasant to people in authority, usually in order to get some advantage from them” (online Cambridge Advanced Learner’s Dictionary). More informally, such a person can be called a “bootlicker”.

I also know a commonly used word for such a flatterer, but it is too vulgar and offensive to use here, since children also read this page. What a “toady” or a “sycophant” does, however, is often described as “sucking up to somebody (the boss, for example)”.


ambil dari Google
Bila cerita pasal pengampu dan pengipas ni, menyakitkan hati je. Menyampah pun ada.
Tapi tapi tapi ada orang yg termakan ampu & puji pulak tu. Memang penyakit.
Di tempat kerja saya tu, ada ramai pengampu, pengipas dan segala yang bermula huruf P.
Bila dah ada ramai orang yg berhuruf P tu, ramai pulak yg jadi pengumpat.
HUH.
Nak bersukan mengampu, nak kerja luar mengampu, takmo kerja luar mengampu, nak kekal jadi GSTT mengampu. Nak ngorat anak, maknya diampu.
Itu kalau mengampu. Kalau kipas (bukan kipas-susah-mati)? Kalau bodek? Kalau rasuah?
Cukup menyeksakan hati & perasaan pemerhati². Serius menyampah.

ambil dari Google


Saya ada culik beberapa kata-kata best dari Google-ing dgn keyword Pengampu.

Pengampu Dan Penasihat Yang Membawa Reba Dan Rebah

"Kepimpinan adalah tanggungjawab dan khidmat. Kecuaian menunaikannya adalah kezaliman. Aduan rakyat dan bisikan mereka jika tidak ditangani boleh menjadi api membakar perasaan kebencian yang meluap-luap. Jika itu diterjemahkan dalam tindakan, maka kestabilan negara akan merasai padahnya."

Memang betul pon, bayangkanlah, orang yg mengampu tu mengampu orang yg lebih besar (jawatan). Dalam masa yg sama, anak orang itu berjawatan sama dgn si pengampu. Nasib orang lain tak terbela dek membela nasib anak dan si pengampu. Waduhh, lu bikin wa panassss....

Si pentadbir itu pernah berkata pada seseorang, "kita mesti lepaskan diri sendiri dulu (dan keluarga)". Aisehh, dalam kitab KPM mana yg mengatakan GSTT boleh lebih sudu dari kuah?

Ini baru pentadbiran di peringkat bawah, tu belum yg atas lagi tu.
Payah. Payah. Kita yg tak suka nak mengampu, yg jadi orang bawahan ni, terpaksa terima nasib malang.

P/S; Mereka bodoh betul. Buat kerja tak ikhlas. Read more!