Showing posts with label Thoughts. Show all posts
Showing posts with label Thoughts. Show all posts

Monday, December 13, 2010

Kenapa Lelaki Suka Perempuan Tua? Kenapa Perempuan Suka Lelaki Muda?

Muda ke tua? Sumber: Google.com
Kenapa lelaki suka wanita yang lebih berusia?
Kenapa wanita suka lelaki yang lebih muda?

Jawapan saya senang je. Sebab dah suka. Hahahahaha.
Lagipun, saya sendiri mengalaminya. Senyum.


*****

Lelaki suka wanita yang lebih tua kerana:
1-- Mereka adalah lebih matang, tenang & realistik
2-- Mereka bersifat keibuan, terutama yang anak sulung
3-- Mereka kebanyakannya berkerjaya dan berharta atau stabil
4-- Mereka berusia lebih hebat dan penuh keyakinan kerana pengalaman mereka
5-- Mereka berusia nampak jelita dari segi penampilan dan kesihatan, sebab mereka berduit
6-- Mereka berusia lebih menghargai hidup & bersikap positif

Negatif berkahwin dengan perempuan lebih tua:
1-- Tanggapan buruk orang sekeliling atau tentangan keluarga
2-- Perbezaan umur akan memberikan perbezaan gaya hidup, mungkin berlaku 'queen control' atau perempuan bersikap ego
3-- Daya tarikan makin berkurang bila umur meningkat

Tips Mengekalkan Hubungan Dengan Lelaki Lebih Muda:
1-- Menjaga penampilan. Buang jauh² rasa rendah diri. Bila kita yakin, kecantikan akan lahir secara semulajadi.
2-- Tonjolkan kelebihan non-fizikal, contohnya, memahami dan menyokong kerjaya suami, atau mengambil hati dengan memasak.
3-- Jangan memaksa diri untuk mengikuti aktiviti orang muda sebaliknya tunjukkan minat terhadapa apa yang dilakukannya walaupun anda tidak berminat.

*****

Wanita suka lelaki yang lebih muda kerana:
1-- Mereka lebih setia
2-- Mereka lebih manja & boleh bergurau
3-- Mereka lebih memahami berbanding lelaki lebih tua
4-- Mereka sanggup & berani pegang tanggungjawab
5-- Mereka menghormati wanita berusia
6-- Mereka lebih bersemangat dalam mencari nafkah dan mencari ilmu.
7-- Orang kata, kahwin dgn lelaki muda ni, murah rezeki, tak tahulah..

Negatif berkahwin dengan lelaki lebih muda:
1-- Biasanya lelaki lebih muda kurang matang. Sama juga kalau lelaki tua berkahwin dengan perempuan muda, perempuan muda kurang matang.
2-- Ada sesetengah mereka masih belum bersedia nak pegang tanggungjawab.
3-- Kurang memahami pasangan
4-- Kemungkinan berlaku poligami atau dirampas orang lain, kata pun mudaaaaaa
5-- Kuat merajuk daripada wanita

Tips Mengekalkan Hubungan Dengan Wanita Berusia:
1-- Cuba memahami perasaan & dilema mereka
2-- Kadang-kadang cuba manjakan mereka
3-- Berubah lebih matang & bertanggungjawab
4-- Elakkan aktiviti luar sebaliknya habiskan masa bersama. Cari aktiviti yang boleh dilakukan bersama.
5-- Sentiasa menghargai mereka kerana mereka akan rasa rendah diri bila usia semakin meningkat

*****

Kesimpulannya, kalau nak bahagia, bukanlah umur penentunya, tapi sikap matang & tanggungjawab untuk menjalankan tugas masing² dlm rumah tangga tu yang laaaagi penting. Perlu ada kesedaran dalam diri sendiri sebab bila dah pilih jalan tu, kenalah teruskan. Janganlah bila dia dah tua, ditinggalkan untuk orang yang lebih muda. Sadisnya.


P/S; Susahnya nak pujuk Ayang. Haishhh.. Read more!

Friday, December 10, 2010

Bangunan Nak Tinggi

Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; Suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim."
(Hadis Riwayat Ibn Majah)

Dah baca hadith sahih tadi? Bagaimana Rasulullah menyatakan tanda kelima untuk Kiamat. Ya, ramai yang berlumba-lumba nak mendirikan bangunan yang tinggi, bersaing antara satu sama lain.


Menara Jam Abraj Al Bait terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram - bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian keseluruhan adalah 601 m, mengatasi menara Taipei 101 (509 m) dan berada di belakang Burj Khalifa (828 m) - Sumber: Salafus-sholih.blogspot.com

Sumber: Google.com

Sedarkah anda wahai Perdana Menteri tersayang, bahawa anda baru sahaja menunjukkan petanda nak Kiamat. Buat apalah nak bina bangunan 100 tingkat tu? Nak beat Tun Dr. Mahathitr ke? Nak jadi PM bukan bermakna dapat menyediakan bangunan tertinggi dengan mengambil duit peruntukan gaji untuk rakyat yang menjawat jawatan awam. Saya terdengar ada sumber menyatakan 1.5 billion tu cukup untuk bayar bonus untuk penjawat awam. Em, em, em, saya tak paham kenapa lah.

Gaji tak naik-naik. Bonus pun macam ada takde. Tapi harga minyak, naik, naik, naik. Dah naik 3 kali rasanya. Harga gula pulak dah naik.

Kalau zaman sahabat Rasullullah s.a.w. menjadi Khalifah iaitu bergelar khulafurrasyidin. Mereka adalah Abu Bakar As-Shiddiq, Umar bin Khattab, Uthman bin Affan, dan Ali bin Abi Thalib. Keempat sahabat tersebut mempertahankan Islam berdasarkan ajaran Nabi Muhammad s.a.w.

Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a. adalah sahabat nabi yang paling kaya sekaligus paling dermawan. Tapi kaya beliau, masih tetap menjadi pemimpin yang hebat. Sebab beliau adalah seorang dermawan. Bila Umar al-Khattab r.a. menjadi khalifah pula, beliau tidak mahu mengambil kekayaan sedinar pun. Bahkan, ketika ada seorang ibu yang mengeluh bahwa pemimpin Islam tidak tahu pada kemiskinannya, Umar menyamar dan membantu ibu itu. Pemimpin kita ada tak buat macam tu?

Uthman bin Affan r.a. adalah sahabat Nabi yang kaya, seperti Abu Bakar. Ali bin Abi Talib r.a. adalah sahabat nabi yang paling cerdas. Beliau juga sangat hebat dalam berperang. Disebabkan itu, Ali mendapat gelar "Singa Allah" dan “Karramallahu Wajhah” yang bermaksud orang yang dimuliakan Allah wajahnya, kerana tidak pernah menyembah berhala sejak lahir. Melalui Ali jugalah keturunan Nabi dilanjutkan kerana Ali menikahi Fatimah, puteri kesayangan Nabi.

Jadi wahai pemimpin-pemimpin rakyat di Malaysia sekalian, kebendaan bukanlah yang perlu anda kejarkan. Sifat kepimpinanmu itu yang lebih penting. Ingatlah ketika dalam alam kubur nanti, anda akan ditanya tentang keadaan negara semasa anda memimpin. Apa yang akan anda jawab? Fikir-fikirkanlah.

Bukan duit, bukan harta yang dikumpulkan.

P/S; Sesi munasabah diri. Bernasib baiklah saya bukan PM sebab banyak beban yang perlu saya pikul dengan jujur & amanah.
Read more!

Logik Ke Tak Logik?

"Logik tak semestinya betul." - Ini saya yang kata.

[Gambar diambil dari Google.com]

Kalau pasal agama, guna logik sahaja dah tentu tak boleh.
Kalau orang dulu, terima iman dulu, baru dapat ilmu agama.
Orang sekarang, hengat dah banyak sangat ilmu dunia, banyak sangat logik akai, berlagak pulak tu,  iman pulak dah hilang pergi entah ke mana. 
Boleh pulak tanya kenapa kita kena sembahyang, kenapa kena puasa, kenapa kena korban, kenapa kena lontar jamrah dan sebagainya.
Dah tahu kena tutup aurat, boleh pulak cakap: "At least saya tak buat jahat.", "Sexy is a fashion.", "Orang yang tutup aurat pun kena tangkap basah jugak". Inilah yang dinamakan jahil agama. Takpun, hati dah hitam sebab dah banyak sangat kena goda dengan Syaiton!

Yes. Yes. Syaiton pun sukeeeeee. Yippie! 
Bodoh.


Dah tentu² belajar masa sekolah lagi (saya dah belajar masa Taski ABIM) yang itu semua ada dalam Rukun Islam dan Rukun Iman. Masa Pendidikan Islam. Ke...diorang ni tak belajar?


Nak saya nyanyi lagu yang saya belajar masa saya tadika tak? Best. Sebab sampai ke tua saya ingat!

"Rukun Islam lima perkara.
 Pertama; Mengucap Dua Kalimah Syahadah. 
Kedua; Sembahyang. 
Ketiga; Puasa. 
Keempat; Zakat. 
Kelima; Naik hajiiiiiii... 
Sallallahu rabbuna, 'ala nuril'alamin, Muhammadani mustofa, 
Saiyidil mursalin, wa 'alaa aalihi wasohbihi ajma'in.."

"Rukun Iman enam perkara. 
Pertama; Allah. Kedua; Malaikat. 
Ketiga; Kitab. Keempat; Rasul. 
Kelima; Kiamat. Qada' dan Qadar (ke-enam)...... 
Sallallahu rabbuna, 'ala nuril'alamin, Muhammadani mustofa, 
Saiyidil mursalin, wa 'alaa aalihi wasohbihi ajma'in.."


Berbalik kepada tajuk, sifat mereka itu dinamakan ego, sombong & bongkak ataupun senang cerita, sebenarnya sifat ini adalah salah satu sifat syaitonnirrajimyang telah menyebabkannya dihalau keluar dari syurga. Korang semua rasanya dah tahu tentu kisah ini, jadikanlah iktibar sebab syaitan itu sentiasa menyesatkan.

Bismillahirrahmanirrahim. 
Berfirman Allah dalam surah Sod ayat 71-74:
"Ketika Tuhanmu berkata kepada Malaikat-Malaikat: 
Sesungguhnya Aku menciptakan manusia daripada Tanah." -71
"Apabila Aku sempurnakan kejadian nya dan kutiupkan ruh-Ku (ruh ciptaan Ku) 
kepadanya, maka meniaraplah mereka sujud kepadanya." -72
"Lalu sujud malaikat semuanya, sekaliannya." -73
"Kecuali Iblis, ia sombong, lalu menjadi kafir." -74


Lepas keluar dari syurga, terputuslah segala kebolehan Syaitan untuk mengetahui setiap rencana Allah. Jadi dengan cara itulah, Syaitan sentiasa cuba menghasut manusia supaya turut sama mengingkari perintah Allah s.w.t.

Wahai kaum manusia, janganlah anda bongkak kalau setakat ilmu di dunia.
Penuhkanlah iman di dada. Ingatkanlah diri untuk mendirikan tiang dalam hati masing-masing.
Tau tak apa tiang nya? Solat 5 waktu sehari-semalam!

Ada artikel yang telah saya baca:
Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan iaitu:

Syaitan jahat! - Sumber: Google.com

1-- Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2-- Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah s.w.t.

3-- A'awan - Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4-- Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yang ada minuman keras).

5-- Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah SWT. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc

Syaitan yang banyak di bibir-bibir kaum wanita, suka mengumpat - Sumber : Google.com

6-- Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7-- Daasim - (#BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

Syaitan Walahaan berbisik ketika kita solat - Sumber: Google.com

8-- Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat & menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9-- Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Sekian.


P/S; Astaghfirullah al-'adzim...... Istighfar lah anda banyak². Fikirlah baik-baik. Dosa dalam hati kita ini adalah angkara syaiton! Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari diri saya sendiri. Maaf kerana kekasaran bahasa.
Read more!

Tuesday, December 7, 2010

Salah Faham Pemakaian Tudung - Stop Being Ignorance!

STOP BEING INGNORANCE.
Sumber daripada Google.com

Saya tertarik dgn satu komen yg sangat menyentuh hati saya. Saya ambil dari http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/07/salah-faham-pemakaian-tudung.html.

Dalam blog post Salafus-Solihin ni adalah tentang salah faham pemakaian tudung oleh remaja & kaum wanita sekarang. Termasuk dalam etika pemakaian unit uniform di sekolah² or pakaian pegawai or nurse². Boleh baca sendiri lah ye?

Tapi yg sangat tak menyedapkan hati saya bila ramai yg menjadi pengkritik berbanding memuji usaha murni Salafus-Solihin yg cuba berdakwah tentang pemakaian tudung yg baik.

Komen di bawah adalah yg terbaik:

"I'm not a preacher.. and im not perfect.. In fact i'm the worst! but still, when i read throughout the comments, i can see some ppl are being ignorant. Too much ignorance until they forgot where they come from,who made them the way they were today. I do forget it most of the times. But when a certain ppl such as salafus sholih do or post something like this, I came to realize what I did wrong in my life.. Admit that we were definitely far far away from the way we were supposed to be.. But thanks to ppl like Salafus, who keep reminding us. Remind who we were.. Where do we came from.. And what is our purpose..

So, my point is..stop being so ignorance.. Lots and lots of ppl trying to help us back to THE ONE.. We should be grateful.. At least, in this wretched world, we still have ppl who care for us.who we can call Sahabat..who fight to bring us to the Islam's way.. Remind us who we truly are.. So, we should be thankful.. Not criticizing for the deeds that our Muslim's brother had done..

LEARN TO ACCEPT.. not to ignore..

Thanks my brother..

Assalamualaikum..
"

Source: Google.com

Sepatutnya, kita menjadi seperti Anonymous yang ini, bukan Anonymous yg pengecut, hanya tau mengkritik, mencari salah orang itu sedangkan apa yang cuba disampaikan adalah baik. Sekurang-kurangnya, Salafus-Solihin sudah memblurkan wajah si pemakai tudung tersebut & tidak jelas. Video nya tidak pula saya lihat, mungkin telah dipadamkan. Tetapi saya pernah melihat satu video di Facebook berkenaan pemakaian tudung & aurat perempuan.

(Video itu menyebabkan saya memadamkan semua gambar sayadi Facebook & tidak membenarkan sesiapa melihatnya lagi)

Dan lebih baik daripada orang lain tu nak mengutuk, volunteer kan diri anda untuk mencipta satu video kartun or ilustrasi mcmna nak tutup aurat dgn cara memakai tudung.

Kadang² kita tak sedar, orang non-muslim memerhatikan kita berbalah sesama kita. Sepatutnya perkara ni semua orang dah tahu. Bukan nya memberi alasan. Antara alasan yg dibuat boleh dibaca dalam link ni: http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/12/alasan-kebiasaan-si-pelaku-dedah-aurat.html. Buat yang sudah berubah, tahniah. Saya juga sedikit sebanyak cuba memberi nasihat kepada certain² orang yg saya sayang utk berubah. TQ Salafus-Solihin. Blog anda saya baca dan saya adalah silent reader.

Source from Google.com


P/S; Bukan semua orang betul, bukan semua orang salah. A,bil iktibar, ambil yang baik. Yang salah jangan diungkit, jangan dibesarkan. Read more!

Tuesday, November 30, 2010

Saya Suka Blog Ini

Blog walking tadi.
Em, em, em, saya...saya...saya suka blog tadi.

Blog Conteng Conteng.
Sangat asli, sangat original & saya sangat cemburu!
Cemburu bukan dengki okay.



Owner bernama Fadhli Hamdan.
Beliau menulis blog dengan cara menconteng di atas sticky notes, melukis atau senang cerita berkarya dengan sangat sempoi. Guna kertas, pensel & pemadam. Macam conteng-conteng gitu. Sebab tu nama blog beliau Conteng-Conteng.

Yang best nya, bila terbaca blog post beliau; Hukuman Paling Menakutkan Waktu Sekolah Rendah..
Layout pun sempoi & simple. Pendek kata, I loike lah! Thumbs up. Ten on ten.
Ada banyak lagi post yang menarik. Jom view blog beliau! Conteng Conteng.


P/S; Sangat jealous, huhu.. Read more!

Friday, November 26, 2010

Tips Menakutkan Budak Baaaru Nak Buat Salah

[*Sumber dari Google]
Death stare. And you are dead-meat!

Ini adalah cara saya mendiamkan students yang perilakunya tak berapa berkenan di mata saya. Tak kesah di dalam kelas or di mana² di dalam sekolah. Biasanya saya akan gunakan bahasa tubuh berbanding bahasa lidah. Caranya senang. Pandang individu itu sehingga tembus. Bila selalu gunakan ini dan sukses, mereka dah tahu, kalau cekgu buat stare death looking je, takyah la buat lagi.


[*Sumber dari Google]
Cekak pinggang.

Aksi cekak pinggang turut membantu supaya pelajar yg buat salah tu terhenti sekejap. Bila dah cekak pinggang tu, paham² jelah nak buat apa. Takkan cekak je pinggang tu...


[*sumber dari Google]
Bawa rotan ke mana sajee

Selalunya saya juga akan merayau-rayau di kawasan sekolah dengan membawa rotan. Saya tak rotan tapi sekadar cukup untuk menakutkan pelajar yg takut² buat salah. Biasanya kalau students da kenal kita macamana, kompem melarikan diri daripada dilihat leh si cekgu ini.


[*Sumber dari Google]
Berjalan laju

Antara yang penting adalah, berjalan laju supaya cepat sampai ke dalam kelas yg bising atau tempat sasaran. Kalau boleh jalan laju dengan senyap, itu lebih baik. Supaya students yang duduk lepak, merokok dalam tandas, dating ke, tak sedar yang cekgu killer da sampai. Ahaa.. Bila cekgu killer dah sampai, dengan stare to death looking, cekak pinggang & rotan di tangan.......


[*Sumber dari Google]
Kekuatan suara 3 orang.

Kekuatan suara juga memainkan peranan. Perlukan nada yang betul. Supaya mereka sedar yang kita betul² marah. Lontarkan suara dari perut. Ada sekali, saya sakit tekak, anda masih boleh mengeluarkan suara dengan kekuatan 3 orang. Power tak? Satu sekolah boleh tahu, itulah cekgu Syazana.


[*Sumber dari Google]
Muka cekgu maintain garang, okeh?

Dan, ketika anda cuba menghampiri mereka, mungkin ada di antara pelajar itu akan cuba membodek merayu, buat muka kesian dan sebagainya. Yang penting, jangan termakan bodek pujuk rayu itu. Muka cekgu kenalah maintain garang. Jangan senyum walaupun mereka buat kelakar. Sekian.


P/S; Petua ini hanyalah laku untuk saya menakutkan pelajar. Pelajar masih memerlukan nasihat secara psikologi. Panggil pelajar untuk bersemuka dgn guru dan berbincang. Tapi, kalau budak yang dah degil sangat tu, hantar je kat guru disiplin. Habes cerita.
Read more!

Thursday, November 25, 2010

Bila Masa Saya Ber-Tunang Dgn Awak?

Orang sekarang bertunang dah tak yah sarung cincin. Yeke?
[Gambar tidak ada kena-mengena dgn saya ini. Dicurik dari Google.]


Percaya atau tidak, kita boleh ber-tunang tanpa sedar? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin tak tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.


Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:

"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"
"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:
Lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, "I sukalah", "I setujulah", "oraitt I’m fine", "oklah", "I redha" atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.

Kita orang melayu time nak tunang bawak rombongan 1 bas, bawak barang² pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila ibu bapa takde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang boleh berfikir, dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu tak menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti tak baligh lagi (baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh (tak boleh berfikir), gila, dan sebagainya, maka wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Haaa, adakah anda ternganga bila tiba² tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar? Haaa, ayokkk, tak tau. Hehehe.


P/S; Yeeeeeee, saya jawab soalan saya. Saya dah ber-tunang dgn awak lah Yayang, tanpa saya sedar. Sekian.
Read more!

Tuesday, September 21, 2010

Kempen 'No Plastic Day' Sangat Cool!



Pernah sekali saya singgah di kedai Seven Eleven di Selangor.
Membeli barang dan saya tidak diberi plastik.
Saya tunggu selepas membayar.
Tetapi orang di kaunter tu kata, "Sorry kak, hari ni hari Sabtu."
Saya memandangnya dengan pelik. Malu pun malu, saya baru perasan ada poster kecit kat tepi saya, tulis, Hari Sabtu No Plastic Bag.
Biarlah orang kata saya ketinggalan ke apa ke.
Sebab saya memang baru tau, hari Sabtu adalah Hari Tanpa Beg Plastik.

Apa² pun, saya sangat menyetujui & menyokong kempen ni.

Yes, sebabnya......

1-- at least dapat mengurangkan kos membuat plastik
2-- petroleum tidak dibazirkan untuk buat plastic bag
3-- plastik sangat lambat untuk lupus [majoring in Chemistry, remember?]
4-- saya lebih suka kalau beli barang & dibungkus dalam brown-paper bag, terasa macam kat overseas gitu, laaaaaagi cool.



5-- ala, memang la beg kertas ni leceh kalau basah tapi kan lebih baik kita shopping sambil bawak beg shopping. Macam Tesco, Giant, Carrefour buat kempen beg boleh kitar semula ataupun Recyclable Bag. Stylo jugak beg ni. Sebab saya pernah beli.



P/S ; Saya juga menyokong Kempen Membaca. Generasi sekarang kurang membaca. Masa saya masih sekolah rendah, Mama pinjamkan buku dari library sekolah menengahnya. Saya banyak membaca, buat karangan, tambah pengetahuan. Kalau ditanya pada anak² di sekolah saya, belum tentu mereka tahu apa yg saya tahu bila saya sebaya mereka. Yang lebih sadis, mereka tahu perkara yg tak sepatutnya mereka tahu pada umur mereka. Pendek kata, dewasa sebelum umur. Akal belum cukup matang. Read more!

Mata Terkenyit², Awat? Gatai Ka?

Korang pernah rasa mata berkenyit² tak?
Uii, masuk saat saya menaip post ni, dah nak 3 hari dah.
Mula dari hari Ahad hari tu. Lepas kenduri kawen cousin, Mamat.
Dah try tanya Mama, biasanya orang² lama ni tau.

Saya ; Ma, kenapa ek mata rasa terkenyit²?
Mama ; Mata belah mana?
Saya ; Belah kanan.
Mama ; Nak jumpa orang kot.
Saya ; Nak jumpa sape pulak...

Tadi siang kat sekolah pun rasa terkenyit² lagi.
Awat ni? Takkan lama sangat kot?
Nak jumpa sapa pulak lagi?
Dah jumpa berdozen gerombolan kumpulan pelajar dah.
Cekgu² pon dah. Siapa lagi ni?
Mysterious nyeee....

Ada jugak tanya kat cekgu sekolah tadi.
Ada yang jawab nak dapat duit. Haaiii harap la betoi.

Tadi Yayang cakap, "Gatai kot.."



Tak pun, ada tak reason dari segi biologi? Kan?
diambil dari En.Google, of course bukan mata saya

Info Pergerakan Tubuh & Tanda² nya.

1-- Kelopak atas mata kanan bergerak - beroleh kewangan
2-- Kelopak mata atas kiri - melihat perempuan
3-- Kelopak mata atas kiri bergerak - anda akan berjalan jauh
4-- Kelopak mata bawah kanan - hendak menangis
5-- Ekor mata kanan bergerak - menerima kedatangan org jauh
6-- Ekor mata kiri - mendapat sedikit kepayahan
7-- Biji mata kanan bergerak - akan menangis dalan bercinta
8-- Biji mata kiri - gembira dihati
9-- Kening kiri bergerak - beroleh kelapangan
10-- Bibir atas bergerak - anda akan bergaduh/berbalas balas jawaB dgn seseorang
11-- Bibir bawah - ada org sedang mengata/mengumpat tentang anda
12-- Siku kanan bergerak gerak - beroleh kebahagiaan
13-- Siku kiri - org yg mengasihi kita akan datang
14-- Bahu kanan bergerak² - harta akan datang kpd kita
15-- Bahu kiri - bakal berjumpa pembesar/ketua
16-- Pipi kanan bergerak - alamat sakit mata
17-- Pipi kiri - sentiasa bahagia

Sekadar info untuk kongsian para pembaca.


P/S ; Kalau dapat duit seguni, mak oi, gembira tak terkata makcik! ;) Read more!

Thursday, September 16, 2010

Petua Kurus!

Masalah kegemokan memang menjadi isi cerita atau kata² seorang perempuan.
Biasalah, perempuan nak cantik. Kalau rasa berat bertambah sikit je, atau baju tak muat, terus je cakap, "Arghhhhh! Aku da gemuk". Padahal tak pun.
Sama lah macam kes saya ni.
Tapi kenyataannya, gemukla sikit dari masa saya 5 tahun yg lalu.
Kalau ingat ade post saya pasal weight obsession, ha....tengok aje lah gambar kurus itu.
Tak pun, tengok jelah gambar saya tahun lepas.
Banyak betul beza.

Ini mesti pasal makan-makan-makan-makan-makan.
Cekgu Iman cakap, saya dgn housemate sy ni, selera biawak!

;)

Inilah cousin saya, cantik kan?

Bila tengok cousin saya, Fza, umm, kurusnya dia.
Dah la kulit lawa, putih plak tu. Subhanaallah.
Baru je tadi borak dgn beliau, tanya macamana nak jadi kurus macam dia sekarang ni.

Beliau me-reply, "Petua--> Lemon + air suam tanpa gula! Kompem kurus! Minom sebelum tido & bangun tido.. Setiap hari okeh. TANPA GULA, TQ!"

Beliau menambah, "Mesti lemon yg kuning tu...  Limau kasturi, purut ke, tak layan ok. Hehe perah lemon dlm air suam then minom camtu je.. Ermm..petua lain xde... Ni jer yg paling mustajab.. Kalau amalkan setiap hari, kejap je boleh kurus. Masa aku kt Shanghai dulu berat naik giler, then ikot petua ni dalam seminggu boleh turun.. Walaupun x byk, tp turun jugak... GudLuck my sepupu~!!!!"

Ye, tuan² & puan², lemon adalah seperti ini ye. Bukan buah limau purut ke, kasturi ke, mandarin ke. Lemon kuning. Gambar dicurik dari Google.com.

Wo. Start hari ni, nak beli lemon jelah. Bagus takyah bubuh gula.
Sebab ai memang ta suka gula pon. Heeee~~~~

Okeh, start counting days. From today. Lihatlah hasilnya selepas 2 minggu. Doakan kekurusan saya, ye!




P/S ; Petua jadi gemuk. Makan fastfood tiap² hari. Ha....kompem byk kolesterol (kalau ta gemok²) and berat badan naik (kalau gemok la). Read more!

Sunday, September 12, 2010

Headache & Hijab

"Aduu, sakit kepala-ku."


In the early days of wearing hijab usually accompanied by dizziness and headaches. Some people didn't used to wear it (wrapping head might make you uncomfortable at first) and some are caused by wearing an underscarf/headbands/ponytail/bun too tight. To prevent by loosen it all is not enough, these are things we've found from Google that you can do if you get a headache.

1-- Use aromatherapy. This is an ancient healing art that has been used to treat and cure stress headaches for ages. Try lavender which is known for a good relaxation.

2-- Massage your temples, neck, face, and shoulders. Then take a lime, cut it in half, and rub it on your forehead. After that take a small towel and dip it into some warm water. Apply to forehead or back of the neck for a few minutes.

3-- Honey foot bath. Keep legs in a tub or bucket filled with hot water, pour ½ cup pure honey, soak for fifteen minutes.

4-- Apples are valuable in curing all types of headaches. It should be taken with a little salt every morning on an empty stomach.

5-- Try to take your mind of the pain by reading a magazine or book. Sometimes when your mind is engaged in something you don't notice pain as much.

6-- Dim the lights and quiet the room. Bright lights and loud noise can often make a headache worse.

7-- Try 2 wet peppermint tea bags on the eyelids. Hold peppermint oil on a tissue to your nose and breathe in the scent.

8-- Drink ginger tea 2 or 3 times a day. It has been used since about 2000 BC to cure headache. Read more!

Monday, August 9, 2010

Cerdik tapi..........Tak Baik?

Wow! Saye suke topik ni.

Baru² ni ade seorang rakan di Facebook mengatakan ketidakpuasan hati terhadap satu rakaman video di mana seorang pelajar telah menumbuk gurunya.
Di mana salahnya? Guru? Ke pelajar tu?

"Ah...cekgu tu yg salah."
Ada yg menuding jari pada cekgu.

"Budak² sekarang semakin kurang ajar."
Betul, tapi siapa yg salah? Budak tu ke yg salah? Atau mak ayah? Ataupun cekgu yg mengajar? Ke kawan²? Ke sebab dunia sekarang dah takde sempadan?

Kalau ikutkan pemerhatian saye, mase zaman saye kecik² dulu [saye lahir tahun 1985], majoriti anak² merasa rotan, cubit, pukul mak ayah. Kalau tak kena rotan, tak sah. Bukan sebab nakal tapi sebab tak ikut peraturan yg ditetapkan mak ayah. Betul tak? Siapa yg tak pernah kena rotan mase zaman '90-an sebab nakal sikit²? Ade tak? Kalau ade, bagusnye la mak ayah dia. Manje anak ye?

Kalau dulu, waktu main hanya lepas pukul 5. Mesti masuk rumah sebelum pukul 7. Lambat masuk je kena rotan, tak pon guna getah paip. Sakit woo. Maghrib tak boleh tengok tv. Pukul 9 baru boleh on tv tu.

Kalau gagal periksa.....[em saye mase kecit ta penahh gagal pekse kecuali da masuk Form 4-5 sbb banyak main], result mesti takmo tunjuk kat mak ayah sbb tau, kompem kena marah, rotan dan sebagainya. Tapi, kalau dapat A, kertas pekse tu terus tunjuk kat mak ayah. Punye riak, nak bagitau dapat A.

Saye bersyukur, dgn didikan Mama dan Ayah, saye jadi manusia. Tapi saye kesiankan anak² sekarang. Takde siapa nak rotankan mereka kat rumah. Kalau ade yg kena pun, mak ayah ade yg 'terlampau', jadi kes dera pulak. Tak pun, anak tu yg pukul mak ayah, atau lawan balik.

Ade yg menyalahkan cekgu² kat sekolah sebab tak ajar adab. Aik? Rase² paling awal cekgu jumpe anak² dia mase anak umur 3 tahun. Habis lewat pun umur anak tu 6 tahun. Dan kalau pergi sekolah pon, mase cekgu nak jumpe budak² tu ade lah paling banyak 6 masa seminggu, dalam 2-3 jam seminggu. Lagipun, cekgu nak mengadap students dalam kelas lebih kurang 38 orang satu kelas, kalau ngaja 4 kelas? Dah dekat 120 orang. Takkan le mak ayah nak jage anak², ajar adab² dgn ibu bapa, cekgu untuk 5 orang anak pn payah kot? Orang dulu² yg anaknye 8 hingga 12 orang tu, boleh pulak? Jadi je orang....berguna je...

Haishh.....nak salahkan semua org boleh je. Tapi masing² kena jalankan peranan masing². Betul tak?

Anak
Hormat cekgu macam kita hormat mak ayah kita. Sayang cekgu macam kita sayang mak ayah kita, macam kita sayang diri kita. Allah s.w.t pun tak sayang kita kalau hubungan kita sesama manusia tak baik.

Mak Ayah
Terapkan amalan menjaga akhlak - berakhlak dgn Allah s.w.t dan sesama manusia.
Berakhlak dgn Allah --> memiliki rasa syukur, sabar, redha dan lain² so anak² akan automatically jaga suruhan Allah, tutup aurat, solat dan lain²
So, bila sume tu dijaga, takdelah masalah untuk anak itu jaga hubungannye sesama manusia. Dgn kawan², dgn guru, ibu bapa dan orang lain. Anak jadi bermoral.
Yg dapat nama? Mak ayah jugak...
Tapi kalau yg da memang tak makan diajar, payah la pulak nak menjawabnye.

Cekgu
Jgn setakat jadi mualim [pengajar], jadi lah murabbi [pendidik]. Chewahhh...
Maksudnye, cekgu perlu muhasabah semula matlamat, pendekatan dan pelaksanaan pendidikan.
Bukan ke tujuan jadi cekgu tu utk mendidik anak bangsa? Kan? Tugas mualim adalah menyampaikan ilmu fardhu ain (ilmu agama) dan fardhu kifayah kepada anak² muridnya. Ilmu itu boleh difahami dan diaplikasi dalam peperiksaan. Murabbi pulak mendidik jiwa murid. Supaya ilmu itu memberi kesan kepada jiwanya. Ilmu itu dihayati, diyakini dan diaplikasi dalam hidupnya. Ibarat tugas mualim tu lebih kepada akal dan tugas murabbi lebih kepada hati anak² muridnya. Ade ramai mualim, tapi macam tak ramai je murabbi.

Persoalannye, macamane nak lahirkan banyak murabbi di kalangan mualim? Siape yg layak atau mampu nak didik pendidik ni? Ape kelayakan utk jadi murabbi? Berkesan ke silibus dalam maktab² dan universiti utk lahirkan murabbi? Atau, adakah individu yg meletakkan profesion guru sebagai pilihan terakhir dan 'terpaksa' jadi cekgu, mampu jadi murabbi?

[fikirkan seketika]

.....


Saye selalu pesan kat anak murid, "Saye tak kisah kalau awak memang tak pandai tapi saye paling pantang budak yg kurang ajar. Biarlah awak pandai macamane pn, tolong lah, tolong lah hormat mak ayah, hormat cekgu². Tak rugi ape pun kalau kita hormat."
Bayangkan lah kalau kita berakhlak baik, mak ayah doakan kita, cekgu² doakan, cekgu tolong kita, kawan² pun kerjasama.

Yang paling best, bila cekgu tolong pun, masih gagal. Hahahahahahahahhaa. Sah² memang tak pandai. Tak pun, pemalas. Auwww...saye tak suke budak malas. Kalau dah tau tak pandai, rajin² kan lah diri tu membaca, buat latihan. Huhuuu..

Tapi.......kalau cerdik tapi kurang ajar pun tak guna. Menyakitkan hati. Langgar peraturan sekolah, tak berdisiplin, vandalisme, gangsterisme, guli, pergaulan bebas, jenayah dan sebagainya. Ape gune ilmu di dada? Ape gune undang² kalau tak dipatuhi? Ape gune ke sekolah kalau asyik dihukum kerana masalah disiplin?

Kesian kan....cekgu² yg masuk kelas, marah², keluar kelas, terus gelak² dgn kawan².
Masuk kelas, marah², keluar kelas, gelak² dgn kawan². Hoih! Ni cekgu ke orang gila ni? Psiko nyeeee!

Kesimpulannya, tanggungjawab tu terletak di atas bahu orang dewasa yg ingin melentur rebung anak² bangsa kita ni. Takkan kita sanggup makan maki caci anak² kita bila kita dah tua nanti sebab kita lupa ajar mereka adab sopan, budi bahasa dan menjaga maruah keluarga?



P/S ; Saye paling benci budak yg kurang ajar. Read more!

Takde Teori Darwin, ok?

Curik dari Google.com

Ikutkan pemikiran saye, Teori Evolusi Darwin atau Darwinisme adalah salah.
Mane la datang nye pemikiran yg manusia berasal dari beruk.
Kalau manusia jadi beruk....ha...baru ade.

Dalam Al-Quran dah menyatakan; (Surah Nuh 71: 14) - Firman Allah s.w.t bermaksud: "Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan berperingkat-peringkat."
Peringkat² tu bukannya evolusi manusia dari beruk menjadi manusia, tapi.....dari bentuk sperma, menjadi segumpal darah dan menjadi seketul daging.

Selaras dengan firman Allah s.w.t (Surah Mu'minun 23: 14) yang bermaksud; "Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang² itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yg lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta."

Kita adalah makhluk ciptaan Allah s.w.t yg dijadikan sempurna dgn pembuktian Sains.
Sperma disenyawakan dalam rahim wanita dan berkembang menjadi zigot, kemudian bertempel di dinding uterus menjadi blastosis. Zigot tadi berkembang menjadi embrio (janin).
Bila dah lahir, jadi bayi. Lepas tu, jadi kanak², remaja, dewasa dan tua. Itulah manusia.

Takkan kerana jumpa tulang rangka, gigi dan sebagainya tu dah membuktikan manusia berasal dari beruk?
Dalam sejarah Islam, kaum Aykah yg telah ditukarkan menjadi beruk kerana kedegilan kaum itu melanggar larangan Allah menangkap ikan pada hari Sabtu. Allah melarang mereka menangkap ikan pada hari sabtu kerana hari itu adalah hari kebesaran bagi kaum yahudi. So, turun lah azab tu kepada mereka.
Tulang² itu mungkin adalah milik kaum Aykah tu.

Cubaan nak meng'islam'kan teori tu langsung tak menjadi.
Takde tempat nak tipu, takde tempat nak selit² maklumat lain.
Dah sah² salah dari segi agama, apatah lagi Sains. Betui dak?

P/S ; Moyang siapa beruk? Angkat tangan! Hahahahhahhahahahha. Beruk je yg angkat tangan. Read more!

Wednesday, August 4, 2010

Kenapa Merokok?

Curik dari Google.com


"Bukan ke awak tahu rokok tu merbahaya?"
"Tau.....tapi rokok dapat release tension."

Relase tension?
Banyak benda lain lagi la yg boleh dibuat utk melepaskan tekanan selain merokok.


Apa yg telah saye dapat daripada Info Sihat ialah [dalam ayat saye sendiri].

Info 1
  • Kita dapat jimatkan duit daripada membeli rokok yg sememangnya tidak berfaedah langsung kepada kesihatan diri perokok dan org yg terhidu asap rokok.
  • Kalau pon berat badan awak naik sebab berhenti merokok, itu adalah kerana deria bau dan rasa awak da kembali pulih, sebab tu lah semua makanan jadi sedap je lepas berhenti merokok. So jaga lah berat badan.

Info 2
"Kenapa awak batuk² ni?"
Saye tau jawapannya! Sebab sistem pernafasan dah nak ok. Selalunya asyik kena bakar dgn asap panas rokok je. Mane tak sakit tekak tuu....

"Kenapa nak kena berhenti merokok?"
Awak tanya saye? Gile ke ape? Mesti la sebab rokok tu tak elok. Asap dah tentu² buat saye pening kepala. Apetah lagi utk awak yg hisap rokok tu. Awak bole dapat kanser la, ulser la, sakit jantung la, strok lagi, banyak plak cite. Tampar kang.... Kalau awak tak mati dulu, silap² saye yg mati plak sebab asap rokok awak tu.

"Sperma orang merokok ni tak sihat."
Itu adalah kata² seorang student Biologi yg dah buat kajian pasal sperma orang yg merokok untuk dibandingkan sperma orang yg sihat [atlit/tidak merokok]. Sperma orang yg merokok memang sama je macam yg sihat. Tapi....ade antara sperma tu yg buntu, berlegar² di satu kawasan dan ade yg pusing balik. Sperma yg sihat plak, kompem la, bergerak dgn saaaaangat laju. Sihat la katakan.
So, boleh saye katakan di sini bahawa [chewaahhh] org yg merokok akan menghasilkan anak yg blurrrrrrr. OK? Saye tak nak anak² saye blurrrrr.

"Kalau dapat rokok ni, best ni [untuk isi masa lapang]"
Ishhhhhh...tolong la. Banyak benda lain yg 'berpekdah' la utk dibuat. Bersenam ke, joging ke, cuba sibukkan diri dgn kerja lain. Bertafakur ke, solat sunat ke. Betul x?

"Gigi saya memang kuning dari dulu. "
"Gigi orang sihat memang warna ni la."
"Ala....kuning ni bole hilang la. Saye buat la treatment gigi."

Banyak la awak. Gigi kuning sebab ta gosok gigi mane same dengan gigi orang merokok. Gigi orang merokok busuk. Wekkkkkk. Nak harapkan putih dek kaler tu? Kalau gigi tu reput esok lusa, macamane? Euwwwww....


Info 3
"Macamane nak berhenti merokok ni?"
  • Cube lengah² waktu utk merokok tu. Selalu la cakap 'nanti'. Kalau ade rokok kat tangan tu, biarkan, jangan nyalakan.
  • Tarik nafas panjang².
  • Banyakkan minum air suam. Bukan air teh atau coffee. Kan ade kafein dalam tu. Nanti ketagih nak merokok balik.
  • Kunyah² la chewing gum, bubble gum ke. Ha...tak pun makan sayur² or buah², Macam epal ke, lobak ke.
  • Think positive. Awak mesti boleh buat punye.
  • Ingat lah orang yg tersayang. At least fikirkanlah tentang orang yg selalu bebel² tu. Sebab, kalau tak bebel, tak sayang la namanya.
  • Kalau perlukan sokongan, cari lah orang yg tersayang. Kompem diorang tolong punye. And elakkan kawan² yg merokok tu.

KATAKAN TIDAK PADA ROKOK!


P/S ; Ingatlah orang yg tersayang. Saye bebel sebab saye sayang awak. Read more!

Friday, July 23, 2010

NO Sanggul?

This topic has been an issue for me.
The fashion for tudung nowadays are Ariani's.
But to make it looks suit on you girl, you have to make higher 'sanggul'?
Why is it?
I still remember my Ustaz Aimi thought me in Syariah.

A hadith from Abu Hurairah, Prophet Muhammad (Sallallahu Alaihi Wasallam) said;

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

What can I conclude here is, the people that make 'sanggul' or tied her hair higher in her hijab like the hump of a camel, is far from the smell of heaven. It is prohibited girls. Stop doing that. You are doing good to cover your aurah but you could gain sin from that too. It is seems like you do not have to wear you hijab because everybody knows you have long hair. The purpose to cover your hair is not to let evrybody knows about your hair.

It is just my advices. Although through some sources, I heard that you are allowed to do that, but for me, it is a suspicion so I never ever try to do that.

Yayang asked me, Why don't you do like the other girls? I answered him with the same I told you here. I also asked my several colleagues [Ustaz and Ustazah] and they replied me the same.

So.....girls? Still want to sanggul?

P/S; I like wearing hijab like Mak Arab (^______^) Read more!

Wednesday, July 21, 2010

SMS - ruining language?

I have been thinking about what should I write originally without copying any sources.
Suddenly I remembered last night I wrote status in MukaBuku.


[Click on image to enlarge it]



Teens nowadays using words such as "ak" or "aq" to short-forming word "aku", additional alphabets in words such as "jerk" for "je", "sapew" for "siapa", "cyunk" for "sayang" and etc. Is it my instinct as a teacher that really got me on nerve? Or because I hate people ruining Malay language by SMS-ing?

The word "aku" is already short. Why should they cut it to be shorter? Is that person needs a new keyboard [for PC] or keypad [for handphone]? Poor them.

I got sms from my younger brother, and I needed some times to understand the sms. It's not only me having this problems but my friends too. I got friend from MukaBuku that been written about this.

She wrote ; "I'm lost in translation when I chatting with my several friends in Malaysia,the words such as "aq"(aku),nko(engkau),ajew(aje,sounds like "a Jew") etc.,is that SMS makes us more retarded or I'm the one who lacked behind?"

P/S; For words which have no common abbreviation, users most commonly remove the vowels from a word, and the reader is required to interpret a string of consonants by re-adding the vowels e.g. dictionary becomes dctnry and keyboard becomes kybrd. But if there some additional alphabets in it? Damaging and disaster! Read more!