"Logik tak semestinya betul." - Ini saya yang kata.
[Gambar diambil dari Google.com] |
Kalau pasal agama, guna logik sahaja dah tentu tak boleh.
Kalau orang dulu, terima iman dulu, baru dapat ilmu agama.
Orang sekarang, hengat dah banyak sangat ilmu dunia, banyak sangat logik akai, berlagak pulak tu, iman pulak dah hilang pergi entah ke mana.
Boleh pulak tanya kenapa kita kena sembahyang, kenapa kena puasa, kenapa kena korban, kenapa kena lontar jamrah dan sebagainya.
Dah tahu kena tutup aurat, boleh pulak cakap: "At least saya tak buat jahat.", "Sexy is a fashion.", "Orang yang tutup aurat pun kena tangkap basah jugak". Inilah yang dinamakan jahil agama. Takpun, hati dah hitam sebab dah banyak sangat kena goda dengan Syaiton!
Yes. Yes. Syaiton pun sukeeeeee. Yippie!
Bodoh.
Dah tentu² belajar masa sekolah lagi (saya dah belajar masa Taski ABIM) yang itu semua ada dalam Rukun Islam dan Rukun Iman. Masa Pendidikan Islam. Ke...diorang ni tak belajar?
Nak saya nyanyi lagu yang saya belajar masa saya tadika tak? Best. Sebab sampai ke tua saya ingat!
"Rukun Islam lima perkara.
Pertama; Mengucap Dua Kalimah Syahadah.
Kedua; Sembahyang.
Ketiga; Puasa.
Keempat; Zakat.
Kelima; Naik hajiiiiiii...
Sallallahu rabbuna, 'ala nuril'alamin, Muhammadani mustofa,
Saiyidil mursalin, wa 'alaa aalihi wasohbihi ajma'in.."
"Rukun Iman enam perkara.
Pertama; Allah. Kedua; Malaikat.
Ketiga; Kitab. Keempat; Rasul.
Kelima; Kiamat. Qada' dan Qadar (ke-enam)......
Sallallahu rabbuna, 'ala nuril'alamin, Muhammadani mustofa,
Saiyidil mursalin, wa 'alaa aalihi wasohbihi ajma'in.."
Berbalik kepada tajuk, sifat mereka itu dinamakan ego, sombong & bongkak ataupun senang cerita, sebenarnya sifat ini adalah salah satu sifat syaitonnirrajimyang telah menyebabkannya dihalau keluar dari syurga. Korang semua rasanya dah tahu tentu kisah ini, jadikanlah iktibar sebab syaitan itu sentiasa menyesatkan.
Bismillahirrahmanirrahim.
Berfirman Allah dalam surah Sod ayat 71-74:
"Ketika Tuhanmu berkata kepada Malaikat-Malaikat:
Sesungguhnya Aku menciptakan manusia daripada Tanah." -71
Sesungguhnya Aku menciptakan manusia daripada Tanah." -71
"Apabila Aku sempurnakan kejadian nya dan kutiupkan ruh-Ku (ruh ciptaan Ku)
kepadanya, maka meniaraplah mereka sujud kepadanya." -72
kepadanya, maka meniaraplah mereka sujud kepadanya." -72
"Lalu sujud malaikat semuanya, sekaliannya." -73
"Kecuali Iblis, ia sombong, lalu menjadi kafir." -74
Lepas keluar dari syurga, terputuslah segala kebolehan Syaitan untuk mengetahui setiap rencana Allah. Jadi dengan cara itulah, Syaitan sentiasa cuba menghasut manusia supaya turut sama mengingkari perintah Allah s.w.t.
Wahai kaum manusia, janganlah anda bongkak kalau setakat ilmu di dunia.
Penuhkanlah iman di dada. Ingatkanlah diri untuk mendirikan tiang dalam hati masing-masing.
Tau tak apa tiang nya? Solat 5 waktu sehari-semalam!
Ada artikel yang telah saya baca:
Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan iaitu:
1-- Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2-- Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah s.w.t.
3-- A'awan - Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4-- Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yang ada minuman keras).
5-- Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah SWT. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc
6-- Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7-- Daasim - (#BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8-- Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat & menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9-- Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
Sekian.
P/S; Astaghfirullah al-'adzim...... Istighfar lah anda banyak². Fikirlah baik-baik. Dosa dalam hati kita ini adalah angkara syaiton! Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari diri saya sendiri. Maaf kerana kekasaran bahasa.
2 comments:
iblis ada dimana sahaj :)
yg menghasut & mengajak manusia ke arah was-was & sekurang-kurangnya buat dosa dlm hati...
Post a Comment