Showing posts with label Islam The Way of Life. Show all posts
Showing posts with label Islam The Way of Life. Show all posts

Thursday, June 13, 2013

Hiburan: Maksiat yang Makan Dalam

Kalau seseorang itu memakan racun, jelas bahawa dia telah membuat sesuatu yang bahaya dan yang mendatangkan mudharat pada dirinya. Memakan racun bukanlah satu kerja yang waras. Orang yang siuman dan berfikiran waras dan tidak akan memakan racun. Bahaya dan mudharatnya jelas diketahui.

Kalau dia memakan racun di hadapan keluarga, sanak saudara atau orang ramai, maka mereka akan menghalang dan menegahnya. Kalau dia berkeras juga hendak makan racun itu, mereka akan merampas racun itu darinya.

Akan tetapi, kalau orang yang sama memakan lemak dan minyak dengan banyak, memakan gula tanpa had atau memakan makanan yang pedas-pedas belaka, tiada siapa yang akan menghalangnya. Sedangkan cara pemakanan sedemikian boleh membahayakan kesihatan. Namun begitu,mudharatnya tidak begitu ketara kalau dibandingkan dengan racun. Oleh itu orang ambil ringan dan menganggap ia perkara biasa.

Begitu jugalah keadaannya dengan maksiat. Ada maksiat yang macam racun. Ini termasuklah mencuri, merompak, membunuh, berzina, merogol, berjudi dan sebagainya. Tidak mudah maksiat-maksiat seperti ini dilakukan di khalayak ramai. Orang akan menegah dan menghalang. Orang akan bertindak untuk menumpaskan orang yang melakukannya.

Dalam pada itu, ada pula maksiat yang macam lemak, gula dan cili.
Sekali pandang ia tidak kelihatan seperti maksiat.
Malahan ia tidak pun dianggap sebagai suatu maksiat. Maka seluruh manusia bergelumang di dalamnya.
Daripada pihak atasan hinggalah ke peringkag bawahan.
Dari pemimpin hinggalah kepada rakyat jelata.
Dari guru hinggalah kepada anak murid.
Orang bandar hinggalah kepada orang kampung.
Namun mudharatnya MAKAN DALAM. Sedikit demi sedikit, ia merosakkan. Lama kelamaan seluruh masyarakat jatuh sakit dan pincang.

Maksiat yang tidak dianggap maksiat ialah maksiat yang ada hubung kait dengan hiburan.
Ini termasuklah joget, tari menari, nyanyian, muzik, olahraga dan sukan.
Ramai yang sukar menerima bahawa tarian, nyanyian, muzik dan sukan adalah bentuk-bentuk maksiat sepertimana juga ramai yang tidak daoat menerima bahawa lemak, gula dan cili itu adalah racun kerana kita telah terbiasa dengannya. Kalau tidak ada, makan tidak sedap.

Tetapi siapakah yang boleh menolak hakikat bahawa semua itu mudharat dalam jangka masa panjang.
Siapa yang boleh menolak menolak hakikat bahawa mudharatnya halus tetapi makan dalam.
Kalau mudharatnya telah berleluasa dalam masyarakat, ia susah untuk dipulihkan.
Sama susahnya untuk memulihkan orang yang sudah terkena penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan lemah jantung akibat terlalu banyak makan lemak, gula dan cili.

Orang-orang yang terlibat secara terus dengan tari-menari, nyanyian, muzik, olahraga dan sukan yang kita lihat di pentas, auditorium, kaca TV, stadium dan gelanggang sukan dan yang berkumandang suara mereka di radio juga ramai. Tetapi mereka tertakhluk kepada syarat-syarat dan disiplin yang tertentu dan tidak bebas berbuat sesuka hati mereka.
Tetapi apa yang menjadi masalah ialah peminat-peminat di seluruh negara yang terdiri dari pelbagai peringkat umur, pelbagai tahap pendidikan dan pelbagai tahap akhlak dan moral. Mereka ini tidak tertakhluk kepada apa-apa syarat dan disiplin. Mereka bebas berbuat aoa sahaja sesuka hati mereka.

Merka asyik dengan muzik dan nyanyian-nyanyian yang mereka dengar dan dengan olahraga dan sukan yang mereka turut memberi sokongan. Mereka dibuai dan dilalaikan dengan hibufan-hiburan seperti ini.

Lama-kelamaan, watak, psikologi dan minta mereka ini akan cenderung semata-mata kepada segala apa yang berbentuk hiburan.
Hiburan menjadi tunjang utama dalam hidup mereka. Apa-apa pun berhibur. Lapang-lapang sikit berhibur.
Sudah tidak ada perkara serius dalam hidup mereka lagi. Hidup mereka tidak lain hanya untuk berhibur.

Masyarakat atau bangsa yangmempunyai psikologi seperti ini susah untuk dididik supaya menjadi bangsa yang kuat, berwibawa dan yang membangun dan berkemajuan. Jauh sekali untuk menjadi satu bangsa yang mendukung, menguatkan dan memperjuangkan agama.

Bangsa yang asyik dengan berhibur ialah bangsa yang lemah jiwa, lemah pendirian, suka meniru orang, tiada jati diri, suka berfoya-foya dan berjiwa hamba. Bangsa yang gila berhibur ialah bangsa yang tidak tahu erti pengorbanan dan apa erti tanggungjawab untuk memartabatkan bangsa dan agama.

Lebih teruk lagi, bangsa yang terkena sindrom berhibur ini sangat terdedah kepada pengaruh-pengaruh luar. Jinak dengan maksiat. Terlibat dengan rokok, dadah, arak, pergaulan bebas, seks bebas, rosak moral, bohsia, bohjan dan seribu satu macam salah laku. Tidak ada apa-apa kekuatan jiwa dan diri mereka untuk menolak pengaruh-pengaruh liar dan jahat ini. Malahan apa yang ada dalam diri mereka hanyalan dorongan dan kecenderungan untuk berbuat apa saja asalkan berhibur. Mereka sangka dunia bertanggungjawab untuk menyara hidup mereka.

"They think the world owes them a living."

Tiada siapa yang dapat mereka contohi dan dapat jadikan 'role model' dalam hidup mereka kecualilah para artis dan jaguh sukan mereka.  Mereka jnilab yang menjadi idola mereka. Mereka inilah yang mereka cuba tiru. Apa hasilnya? Mungkin ada segelintir yang berkebolehan dan terus menjadi artis atau ahli sukan. Ramainya pula yang akan kecundang. Mereka akan cuba mencari jalan lain untuk memehuhi keinginan mereka itu. Paling tidak  bahan bacaan mereka hanyalah akhbar dan majakan hiburan. Percakapan dan perbualan mereka hanyalah sekitar dunia hiaburan. Hiburan, hiburan, hiburan.

Mereka terlalu asing dengan persoalan iman, taqwa, akhlak, memperbaiki diri, bermujahadah, mengenal diri dan pembinaan insan. Mereka tidak faham apa itu hablummimallah dan hablumminannas. Mereka tidak tahu apa itu fardhu ain dan apa itu fardhu kifayah. Mereka juga tidak membaca Al Quran. Yang mereka tahu, melalak sini, melalak sana. Masyarakat hendak jahanam ke, negara hendak digadai ke, mereka tidak tahu dan tidak ambil peduli.

Inilan keadaan budaya hiburan. Maksiat yang makan dalam. Kita sibuk dan kita marah anak-anak muda tidak berdisiplin, tiada tujuan hidup, pemalas, tiada cita-cita dan tiada kemajuan. Walhal kita jugalah yang telan merosakkan dan mengusir semua itu dari dalam hati dan jiwa mereka dengan tidak henti-henti menyogok mereka dengan hiburan iaitu maksiat yang selama ini tidak dianggap maksiat. Kita tidak ambil berat tentang pendidikan agama dan akhlak, tentang budi pekerti dan tatasusila, tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pewaris bangsa dan pendukung agama.

Percaya atau tidak, sedar atau tidak, inilah dia perancangan Nasrani dan Yahudi yang halus dan licik.
Setelah jiwa anak-anak muda kita dilemahkan, dilalaikan dan diracuni dengan semua bentuk hiburan yang melalaikan itu, maka mudahlah bagi mereka memperkotak-katikkan masyarakat dan bangsa kita, merosakkan akhlak, menjauhkan kita dari agama Islam dan melemahkan iman kita.
Para artis, pemuzik, shli sukan hanyalah alat-alat mereka. Matkamat mereka yang sebenarnya ialah merosakkan dan menjajah serta melemahkan jiwa masyarakat, rakyat dan bangsa kita.

Nasrani dan Yahudilah penganjur terbesar bagi program-program hiburan, pementasan rock dan muzik oleh artis-artis tempatan dan luar negara dan bagi temasya-temasya sukan. Segelintir orang-orang kita pula sanggup menjadi dalang dan ramai yang memberi galakan dan sokongan. Tidak kurang yang membantu dan memberi pelbagai kemudahan.

Bertaubatlah, bertaubatlah, bertaubatlah. Maksiat ini makan dalam. Kitalah bangsa itu.

Read more!

Wednesday, February 15, 2012

9 Kelebihan Ibu Mengandung

[ Source Link ]

1-- Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2-- Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3-- Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4-- Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5-- Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6-- Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7-- Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8-- Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9-- Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Sumber – http://www.informasi.my/info-kemuliaan-ibu-mengandung-dalam-islam/


P/S; Luckily I'm pregnant. Semoga semuanya berjalan dengan lancar..amiinnn...
Read more!

Tuesday, February 14, 2012

Imagine World Without MUSLIMS

[ Source Link ]

Without Muslims you wouldn’t have:

Coffee
Cameras
Experimental Physics
Chess
Soap
Shampoo
Perfume/spirits
Irrigation
Crank-shaft, internal combustion engine, valves, pistons
Combination locks
Architectural innovation (pointed arch -European Gothic cathedrals adopted this technique as it made the building much stronger, rose windows, dome buildings, round towers, etc.)
Surgical instruments
Anesthesia
Windmill
Treatment of Cowpox
Fountain pen
Numbering system
Algebra/Trigonometry
Modern Cryptology
3 course meal (soup, meat/fish, fruit/nuts)
Crystal glasses
Carpets
Checks
Gardens used for beauty and meditation instead of for herbs and kitchen.
University
Optics
Music
Toothbrush
Hospitals
Bathing
Quilting
Mariner’s Compass
Soft drinks
Pendulum
Braille
Cosmetics
Plastic surgery
Calligraphy
Manufacturing of paper and cloth

It was a Muslim who realized that light ENTERS our eyes, unlike the Greeks who thought we EMITTED rays, and so invented a camera from this discovery.

It was a Muslim who first tried to FLY in 852, even though it is the Wright Brothers who have taken the credit.

It was a Muslim by the name of Jabir ibn Hayyan who was known as the founder of modern Chemistry. He transformed alchemy into chemistry. He invented: distillation, purification, oxidation, evaporation, and filtration. He also discovered sulfuric and nitric acid.

It is a Muslim, by the name of Al-Jazari who is known as the father of robotics.

It was a Muslim who was the architect for Henry V’s castle.

It was a Muslim who invented hollow needles to suck cataracts from eyes, a technique still used today.

It was a Muslim who actually discovered inoculation, not Jenner and Pasteur to treat cowpox. The West just brought it over from Turkey

It was Muslims who contributed much to mathematics like Algebra and Trigonometry, which was imported over to Europe 300 years later to Fibonnaci and the rest.

It was Muslims who discovered that the Earth was round 500 years before Galileo did.

The list goes on………..

Just imagine a world without Muslims. Now I think you probably meant, JUST IMAGINE A WORLD WITHOUT TERRORISTS. And then I would agree, the world would definitely be a better place without those pieces of filth. But to hold a whole group responsible for the actions of a few is ignorant and racist. No one would ever expect Christians or White people to be held responsible for the acts of Timothy McVeigh (Oklahoma bombing) or Andreas Brevik (Norway killing), or the gun man that shot Congresswoman Giffords in head, wounded 12 and killed 6 people, and rightly so because they had nothing to do with those incidents! Just like the rest of the 1.5 billion Muslims have nothing to do with this incident!


http://www.independent.co.uk/news/science/how-islamic-inventors-changed-the-world-469452.html

http://articles.cnn.com/2010-01-29/world/muslim.inventions_1_hassani-inventions-muslim?_s=PM%3AWORLD

http://www.ummahedinburgh.co.uk/radio/files/Muslim-Invention-Article.pdf
















Read more!

Tuesday, February 7, 2012

6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim

Rahim yang mengandungkan bayi


1-- Dia bekerja dengan Allah, jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.

2-- Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang. Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

3-- Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Lahir saja bayi, seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid. Allah izinkan terus masuk Syurga.

4-- Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5-- Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6-- Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA

Untung jadi WANITA lebih-lebih lagi jika SOLEHAH ♥
Tekan LIKE jika suka artikel ini.

P/S; I am pregnant!
Read more!

Monday, August 22, 2011

Wednesday, August 10, 2011

Sindiran Kuat

Sehelai rambut wanita yang di lihat oleh lelaki bukan muhrim dengan sengaja, balasannya 70,000 tahun dalam neraka, sehari akhirat = 1000 tahun di dunia.
Seorang wanita yang masuk neraka akan menarik 2 orang lelaki,
1 - Ayah kandung
2 - Adik beradik lelaki
3 - Suami
4 - Anak lelaki kandung

SANGAT DAHSYAT HUKUMAN ALLAH MENGENAI TUNTUTAN MENUTUP AURAT.

P/S; Sindiran kuat. Read more!

Saturday, May 14, 2011

Kenapa Orang Islam Sembah Bangunan Kain Hitam Tu?



"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"
"Baitullah tu apa?"

...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"
"Allah ada dalam tu?"
"Tak.."
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."
"Kamu sembah apa?"
"Saya sembah Allah swt"
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."
"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"
"Pernah.. selalu.."
"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
"Tengok perlawanan bola la.."
"Di mana?"
"Dalam tv la.."
"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."
"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."
"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
"So..?"
"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."
"Peliknya.."
"Sebab apa pulak pelik?"
"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."
"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."
"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"
"Ya.. tak pelik.."
"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."

P/S: New comeback! Dah lama tak menulis.. Read more!

Wednesday, December 15, 2010

Senarai Nama Best.

"Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama iaitu seratus kurang satu. Siapa menghafalnya masuk syurga." - Muslim


Alhamdulillah, saya dapat pendidikan terbaik yang Mama & Ayah usahakan untuk saya. Dari Taski ABIM, Kuantan, saya dah belajar menghafal Asma'ulhusna. Sekolah menengah pulak kat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama berasrama penuh di Pedas, Negeri Sembilan. Tiap² waktu perhimpunan memang baca Asma'ulhusna. Sekurang² bila saya jadi cekgu sekarang ni, saya boleh ajar anak murid sebut dengan betul.

Shiapa kat sini bole sebut Asma'ulhusna dengan betul? InsyaAllah, kalau belajar menyebutnya dengan ejaan yang betul, kompem boleh hafal.

*******

"Religious scholars have related that Allah has three thousand names. One thousand are only known by angels, 1,000 known only by prophets, 300 are in the Torah (Old Testament), 300 are in Zabur (Psalms of David), 300 are in the New Testament, and 99 are in the Qur'an. This makes 2,999 Names. One Name which has been hidden by Allah is called Ism Allah al-azam: The Greatest Name of Allah." - http://ahadees.com/names_of_allah/

*******

Dan terdapat pembetulan dalam Asma'ulhusna yang selalu kita baca. Mungkin ada yang betul tapi kebanyakan sumber dari kawan² saya, ada terkurang satu nama. Ustaz Ramzan, GPK masa saya sekolah agama dulu buat tambahan dalam Nama-Nama Allah tu. Iaitu, selepas Al-Wahid adalah Al-Ahad. Saya hanya menyampaikan.

Senarai nama-nama Allah bolehlah dicopy & diprint untuk dibaca & dihafal. Okay?
Maksud nama-nama Allah boleh layari laman web ini - http://www.asmaulhusna.com/.
Sesungguhnya, Asma'ulhusna sangat indah.

1-- The most beautiful names belong to God, so call on Him thereby. (7:180)
2-- Those who believe, and whose hearts find satisfaction in the remembrance of GOD, for without doubt in the remembrance of God do hearts find satisfaction. (13:28)


Sumber : http://al-azkar.blogspot.com/2008/05/asma-al-husna.html


P/S; Rindu nak belajar Bahasa Arab. Read more!

Friday, December 10, 2010

Jersey Tak Boleh Pakai

Sumber: Salafus-sholih.blogspot.com
Kalau korang Islam, jangan tanya saya kenapa korang tak boleh pakai jersey kat dalam gambar atas ni.
Cuba tengok sendiri apa yang ada dalam lambang or logo diorang tu. Ada tanda salib tu. Apa hukumnya kalau orang Islam memakai tanda salib?

Janganlah terlampau bersifat taksub dalam menyokong pasukan kegemaran sehingga mengabaikan hukum halal haramnya. Ingatkanlah kawan² korang. Semoga kita tak jadi syirik, dosa yang tidak diampunkan Allah.

UPDATE :]
Atas permintaan Anonymous. Lebih besar, supaya nampak lebih jelas & terang lambang Salib tu.

Salib pada crown atas sekali - Real Madrid
Lambang Portugal
Lambang Barcelona
Lambang Brazil
Lambang AC Milan
Sumber gambar jersey: Google.com

Atau kalau nak baca banyak lagi pasal entry ni, boleh lah melayari:


1-- Blog Carca Marba - http://carca-marba.blogspot.com/2010/07/haram-pakai-jersi-lambang-salib-imej.html

2-- Blog Salafus Sholih - http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/07/haram-pakai-jersi-lambang-salib.html

P/S; Manchester United ada lambang syaitan. Alamak! Read more!

Bangunan Nak Tinggi

Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; Suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim."
(Hadis Riwayat Ibn Majah)

Dah baca hadith sahih tadi? Bagaimana Rasulullah menyatakan tanda kelima untuk Kiamat. Ya, ramai yang berlumba-lumba nak mendirikan bangunan yang tinggi, bersaing antara satu sama lain.


Menara Jam Abraj Al Bait terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram - bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian keseluruhan adalah 601 m, mengatasi menara Taipei 101 (509 m) dan berada di belakang Burj Khalifa (828 m) - Sumber: Salafus-sholih.blogspot.com

Sumber: Google.com

Sedarkah anda wahai Perdana Menteri tersayang, bahawa anda baru sahaja menunjukkan petanda nak Kiamat. Buat apalah nak bina bangunan 100 tingkat tu? Nak beat Tun Dr. Mahathitr ke? Nak jadi PM bukan bermakna dapat menyediakan bangunan tertinggi dengan mengambil duit peruntukan gaji untuk rakyat yang menjawat jawatan awam. Saya terdengar ada sumber menyatakan 1.5 billion tu cukup untuk bayar bonus untuk penjawat awam. Em, em, em, saya tak paham kenapa lah.

Gaji tak naik-naik. Bonus pun macam ada takde. Tapi harga minyak, naik, naik, naik. Dah naik 3 kali rasanya. Harga gula pulak dah naik.

Kalau zaman sahabat Rasullullah s.a.w. menjadi Khalifah iaitu bergelar khulafurrasyidin. Mereka adalah Abu Bakar As-Shiddiq, Umar bin Khattab, Uthman bin Affan, dan Ali bin Abi Thalib. Keempat sahabat tersebut mempertahankan Islam berdasarkan ajaran Nabi Muhammad s.a.w.

Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a. adalah sahabat nabi yang paling kaya sekaligus paling dermawan. Tapi kaya beliau, masih tetap menjadi pemimpin yang hebat. Sebab beliau adalah seorang dermawan. Bila Umar al-Khattab r.a. menjadi khalifah pula, beliau tidak mahu mengambil kekayaan sedinar pun. Bahkan, ketika ada seorang ibu yang mengeluh bahwa pemimpin Islam tidak tahu pada kemiskinannya, Umar menyamar dan membantu ibu itu. Pemimpin kita ada tak buat macam tu?

Uthman bin Affan r.a. adalah sahabat Nabi yang kaya, seperti Abu Bakar. Ali bin Abi Talib r.a. adalah sahabat nabi yang paling cerdas. Beliau juga sangat hebat dalam berperang. Disebabkan itu, Ali mendapat gelar "Singa Allah" dan “Karramallahu Wajhah” yang bermaksud orang yang dimuliakan Allah wajahnya, kerana tidak pernah menyembah berhala sejak lahir. Melalui Ali jugalah keturunan Nabi dilanjutkan kerana Ali menikahi Fatimah, puteri kesayangan Nabi.

Jadi wahai pemimpin-pemimpin rakyat di Malaysia sekalian, kebendaan bukanlah yang perlu anda kejarkan. Sifat kepimpinanmu itu yang lebih penting. Ingatlah ketika dalam alam kubur nanti, anda akan ditanya tentang keadaan negara semasa anda memimpin. Apa yang akan anda jawab? Fikir-fikirkanlah.

Bukan duit, bukan harta yang dikumpulkan.

P/S; Sesi munasabah diri. Bernasib baiklah saya bukan PM sebab banyak beban yang perlu saya pikul dengan jujur & amanah.
Read more!

Seriously It's Copy!

Benar apa yang dikata. Saya copy bulat² and takmo ubahsuai isi kandungan entry kali ni. Nak bebel panjang² nanti jadi mak nenek pulak. Lagipun, sharing is caring. Copy dari Facebook okay? Ramai dah baca pasal ni tapi apa salahnya saya post kan. Sambil copy sambil baca and sambil tu dapat ilmu dan menginsafi diri. Sebab saya pun tak sempurna.

Artikel ni pasal ehem, 13 Aurat Wanita Yang WAJIB Dijaga. WAJIB okay? Wajib. And entry kali ni khas buat gadis², anak dara pingitan serta untuk lelaki² untuk menegur adik² perempuan, kakak atau saudara-mara korang. Cuba tengok sidebar saya sekejap. Ada kat stickers tu. 

*****

1-- Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

Ada tak orang yang buat kening guna komputer?

*****

2-- Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. 


Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

Oh! Tak boleh pakai gelang kaki dah..

*****
3-- Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
Pakai perfume berpada-pada.

*****
4-- Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

Menutup AURAT yang dituntut oleh Islam
[Klik untuk tumbesaran gambar 2 kali ganda]
Sumber: Google.com

Kesalahan dalam etika pakaian wanita Islam.
[Klik untuk tumbesaran gambar 2 kali ganda]
Sumber: Google.com


*****
5-- Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani. Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


Ada ke orang yang nak kikir gigi jadi camni?

*****
6-- Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
*****
7-- Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
*****
8-- Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
*****
9-- Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.


Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
Tahu mata da cantik sebab da beli contact lens mahal ye tak?
*****
10-- Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.


Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
Ada yang berhasrat nak jadi juara AF10? Tak payah!
*****
11-- Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.


Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

*****
12-- Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

*****
13-- Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Simpanlah rambut hanya untuk dilihat suami anda.



Wallahu'alam..


P/S; Saling ingat-mengingati. 
Read more!

Logik Ke Tak Logik?

"Logik tak semestinya betul." - Ini saya yang kata.

[Gambar diambil dari Google.com]

Kalau pasal agama, guna logik sahaja dah tentu tak boleh.
Kalau orang dulu, terima iman dulu, baru dapat ilmu agama.
Orang sekarang, hengat dah banyak sangat ilmu dunia, banyak sangat logik akai, berlagak pulak tu,  iman pulak dah hilang pergi entah ke mana. 
Boleh pulak tanya kenapa kita kena sembahyang, kenapa kena puasa, kenapa kena korban, kenapa kena lontar jamrah dan sebagainya.
Dah tahu kena tutup aurat, boleh pulak cakap: "At least saya tak buat jahat.", "Sexy is a fashion.", "Orang yang tutup aurat pun kena tangkap basah jugak". Inilah yang dinamakan jahil agama. Takpun, hati dah hitam sebab dah banyak sangat kena goda dengan Syaiton!

Yes. Yes. Syaiton pun sukeeeeee. Yippie! 
Bodoh.


Dah tentu² belajar masa sekolah lagi (saya dah belajar masa Taski ABIM) yang itu semua ada dalam Rukun Islam dan Rukun Iman. Masa Pendidikan Islam. Ke...diorang ni tak belajar?


Nak saya nyanyi lagu yang saya belajar masa saya tadika tak? Best. Sebab sampai ke tua saya ingat!

"Rukun Islam lima perkara.
 Pertama; Mengucap Dua Kalimah Syahadah. 
Kedua; Sembahyang. 
Ketiga; Puasa. 
Keempat; Zakat. 
Kelima; Naik hajiiiiiii... 
Sallallahu rabbuna, 'ala nuril'alamin, Muhammadani mustofa, 
Saiyidil mursalin, wa 'alaa aalihi wasohbihi ajma'in.."

"Rukun Iman enam perkara. 
Pertama; Allah. Kedua; Malaikat. 
Ketiga; Kitab. Keempat; Rasul. 
Kelima; Kiamat. Qada' dan Qadar (ke-enam)...... 
Sallallahu rabbuna, 'ala nuril'alamin, Muhammadani mustofa, 
Saiyidil mursalin, wa 'alaa aalihi wasohbihi ajma'in.."


Berbalik kepada tajuk, sifat mereka itu dinamakan ego, sombong & bongkak ataupun senang cerita, sebenarnya sifat ini adalah salah satu sifat syaitonnirrajimyang telah menyebabkannya dihalau keluar dari syurga. Korang semua rasanya dah tahu tentu kisah ini, jadikanlah iktibar sebab syaitan itu sentiasa menyesatkan.

Bismillahirrahmanirrahim. 
Berfirman Allah dalam surah Sod ayat 71-74:
"Ketika Tuhanmu berkata kepada Malaikat-Malaikat: 
Sesungguhnya Aku menciptakan manusia daripada Tanah." -71
"Apabila Aku sempurnakan kejadian nya dan kutiupkan ruh-Ku (ruh ciptaan Ku) 
kepadanya, maka meniaraplah mereka sujud kepadanya." -72
"Lalu sujud malaikat semuanya, sekaliannya." -73
"Kecuali Iblis, ia sombong, lalu menjadi kafir." -74


Lepas keluar dari syurga, terputuslah segala kebolehan Syaitan untuk mengetahui setiap rencana Allah. Jadi dengan cara itulah, Syaitan sentiasa cuba menghasut manusia supaya turut sama mengingkari perintah Allah s.w.t.

Wahai kaum manusia, janganlah anda bongkak kalau setakat ilmu di dunia.
Penuhkanlah iman di dada. Ingatkanlah diri untuk mendirikan tiang dalam hati masing-masing.
Tau tak apa tiang nya? Solat 5 waktu sehari-semalam!

Ada artikel yang telah saya baca:
Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan iaitu:

Syaitan jahat! - Sumber: Google.com

1-- Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2-- Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah s.w.t.

3-- A'awan - Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4-- Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yang ada minuman keras).

5-- Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah SWT. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc

Syaitan yang banyak di bibir-bibir kaum wanita, suka mengumpat - Sumber : Google.com

6-- Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7-- Daasim - (#BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

Syaitan Walahaan berbisik ketika kita solat - Sumber: Google.com

8-- Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat & menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9-- Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Sekian.


P/S; Astaghfirullah al-'adzim...... Istighfar lah anda banyak². Fikirlah baik-baik. Dosa dalam hati kita ini adalah angkara syaiton! Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari diri saya sendiri. Maaf kerana kekasaran bahasa.
Read more!

Tuesday, December 7, 2010

Qarin - What Is It?

Qarin.
Teringat masa sekolah dulu, Ustaz Fauzi pernah bercerita bahawa setiap manusia ada kembarnya, iaitu qarin.

Qarin ni apa bendanya? Manusia jugak ke? Roh ke? Atau...?
Korang tentu tahu, di sebelah kanan kita ialah Malaikat yg akan menyuruh kita membuat perkara-perkara baik. Qarin ni pulak berada di sebelah kiri dan mengajak kita membuat perkara perkara yg jahat, contohnya membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Sumber dari Google.com

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini memang ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Oh. Ape cerita menarik pasal qarin ni?
Ada yg cerita pasal jelmaan orang yang dah mati akan muncul di tempat ia pergi sebelum meninggal, mungkin disebabkan kemalangan atau dibunuh. Ala...macam cerita orang dulu² pasal nampak perempuan cantik jalan seorang diri. Bila orang berhenti untuk ditumpangkan, perempuan cantik tu menunjukkan arah ke rumah nya. Esok lusa bila pergi ke rumah tu, family dia cakap yang perempuan tu dah lama meninggal. Semalam adalah ulangtahun kematian yang ke-3 dan sebagainya.



So, apa kata anda? Pernah jumpa Qarin?

P/S; Saya selalu terlupa perkataan Qarin. Read more!

Salah Faham Pemakaian Tudung - Stop Being Ignorance!

STOP BEING INGNORANCE.
Sumber daripada Google.com

Saya tertarik dgn satu komen yg sangat menyentuh hati saya. Saya ambil dari http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/07/salah-faham-pemakaian-tudung.html.

Dalam blog post Salafus-Solihin ni adalah tentang salah faham pemakaian tudung oleh remaja & kaum wanita sekarang. Termasuk dalam etika pemakaian unit uniform di sekolah² or pakaian pegawai or nurse². Boleh baca sendiri lah ye?

Tapi yg sangat tak menyedapkan hati saya bila ramai yg menjadi pengkritik berbanding memuji usaha murni Salafus-Solihin yg cuba berdakwah tentang pemakaian tudung yg baik.

Komen di bawah adalah yg terbaik:

"I'm not a preacher.. and im not perfect.. In fact i'm the worst! but still, when i read throughout the comments, i can see some ppl are being ignorant. Too much ignorance until they forgot where they come from,who made them the way they were today. I do forget it most of the times. But when a certain ppl such as salafus sholih do or post something like this, I came to realize what I did wrong in my life.. Admit that we were definitely far far away from the way we were supposed to be.. But thanks to ppl like Salafus, who keep reminding us. Remind who we were.. Where do we came from.. And what is our purpose..

So, my point is..stop being so ignorance.. Lots and lots of ppl trying to help us back to THE ONE.. We should be grateful.. At least, in this wretched world, we still have ppl who care for us.who we can call Sahabat..who fight to bring us to the Islam's way.. Remind us who we truly are.. So, we should be thankful.. Not criticizing for the deeds that our Muslim's brother had done..

LEARN TO ACCEPT.. not to ignore..

Thanks my brother..

Assalamualaikum..
"

Source: Google.com

Sepatutnya, kita menjadi seperti Anonymous yang ini, bukan Anonymous yg pengecut, hanya tau mengkritik, mencari salah orang itu sedangkan apa yang cuba disampaikan adalah baik. Sekurang-kurangnya, Salafus-Solihin sudah memblurkan wajah si pemakai tudung tersebut & tidak jelas. Video nya tidak pula saya lihat, mungkin telah dipadamkan. Tetapi saya pernah melihat satu video di Facebook berkenaan pemakaian tudung & aurat perempuan.

(Video itu menyebabkan saya memadamkan semua gambar sayadi Facebook & tidak membenarkan sesiapa melihatnya lagi)

Dan lebih baik daripada orang lain tu nak mengutuk, volunteer kan diri anda untuk mencipta satu video kartun or ilustrasi mcmna nak tutup aurat dgn cara memakai tudung.

Kadang² kita tak sedar, orang non-muslim memerhatikan kita berbalah sesama kita. Sepatutnya perkara ni semua orang dah tahu. Bukan nya memberi alasan. Antara alasan yg dibuat boleh dibaca dalam link ni: http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/12/alasan-kebiasaan-si-pelaku-dedah-aurat.html. Buat yang sudah berubah, tahniah. Saya juga sedikit sebanyak cuba memberi nasihat kepada certain² orang yg saya sayang utk berubah. TQ Salafus-Solihin. Blog anda saya baca dan saya adalah silent reader.

Source from Google.com


P/S; Bukan semua orang betul, bukan semua orang salah. A,bil iktibar, ambil yang baik. Yang salah jangan diungkit, jangan dibesarkan. Read more!

Monday, December 6, 2010

Awal Muharram - Doa Awal Tahun & Akhir Tahun

1-- Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata, “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun.”


2-- Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan.”

-- sumber dari http://syedas.wordpress.com/2007/01/19/doa-awal-tahun-akhir-tahun-hijriah/


Berikut adalah contoh doa yang telah saya tampalkan di post ini. Baca & hayatilah.

Sumber dari Photobucket


P/S; Tanam azam baru sempena Maal Hijrah 1432H tahun ni. Kerja dgn dedikasi & tekun. Tingkatkan efisiensi dalam kerja & ibadah. Read more!

Sunday, September 26, 2010

Subhanallah, Walhamdulillah ~~

For Muslim, you should try this.

Try to look to the 3 black dots on the ALLAH's word about 10 seconds.
Then, look to the plain white wall.
See the miracle!
Subhanallah.



P/S ; I love Islam! Read more!

Tuesday, September 14, 2010

Kenali Pokok Gharqad : Pohon Yahudi

Tahukah pembaca sekalian pohon yang akan membantu orang Yahudi bila sampai kiamat nanti?
Tengoklah gambar di bawah ini. Terima kasih kepada rujukan saya, http://helmiexwostorian.blogspot.com/2010/07/kenali-pokok-gharqad-pohon-yahudi.html.




"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi" (Hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Pokok Gharqad atau African Boxthorn (Lycium ferocissimum) adalah sejenis pohon yang rendang dan berduri.
Ada lebih 20 spesis Gharqad di Amerika Utara, 30 spesis di Amerika Selatan, 30 di Afrika, 10 di Eurasia dan satu di Australia.
[Dah tentulah ada pada tempat yang ada Yahudi]

Pokok Gharqad, adalah panggilan bagi pokok Yahudi dalam bahasa Arab.
Dalam istilah botani, pokok Gharqad dikenali sebagai spesis Boxthorn, termasuk dalam keluarga Solanaceae yang terdiri lebih daripada 90 spesis.
Nama-nama lain yang biasa digunakan untuk pokok ini ialah Desert-thorn, Christmas berry, Wolfberry, Matrimony vine, Tea-tree dan Goji.
Spesis ini banyak tumbuh pada ketinggian lebih kurang 5 meter tinggi dan 3 meter lebar serta boleh menyesuaikan diri dengan keadaan kering serta kekurangan air.
Pokok rendang ini turut menjadi 'rumah' bagi beberapa spesis haiwan seperti musang dan burung untuk berteduh dan mencari makanan.

Menariknya, pokok ini turut terdapat di Australia selepas dibawa masuk pada tahun 1800-an untuk dijadikan sebagai tumbuhan pagar sekitar rumah, malah ia dianggap sebagai "rumpai yang sangat degil" ! Ini kerana ia menjadi ancaman kepada industri agrikultur dan mudah berkembang biak melalui pelbagai cara sehingga pelbagai usaha dijalankan untuk menghapuskan "rumpai" ini. Ia turut di isytiharkan sebagai rumpai di bawah Tasmania’s Weed Management Act 1999 dan kegagalan menghapuskan pokok ini daripada perumahan membawa kepada tindakan undang-undang!

Dalam bahasa Ibrani, pokok Gharqad disamakan dengan pokok Atad. Sarjana botani Prof. Michael Zohary dan Noga Hereuveni of Neot Kedumim yang mengkaji tumbuhan yang disebutkan dalam Bible mengesahkan pokok Atad adalah sama dengan spesis Jujube.

Jika pokok Jujube ini adalah pohon Gharqad seperti yang disebutkan dalam hadis, kemungkinan pernyataan yang mengatakan orang-orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad adalah benar. Spesis ini adalah tumbuhan kedua terbesar di negara haram Israel selepas pokok Akasia.

Pokok Gharqad ini banyak ditanam oleh orang-orang Yahudi di sekitar rumah mereka kerana mereka berharap dapat bersembunyi di sebalik pohon tersebut daripada dibunuh oleh orang-orang Islam ketika hampir berlakunya hari kiamat nanti. Sesungguhnya, mereka beriman kepada hadith Rasulullah SAW, namun pada masa yang sama, merekalah yang memusuhi umat Baginda serta melakukan kekejaman terhadap warga Palestin samada yang beragama Islam mahupun Kristian.




Dikatakan, sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, Jews National Fund (JNF) sedang giat menganjurkan kempen menanam pokok di Israel. Namun, tidak dapat dipastikan samada pokok-pokok yang ditanam itu merupakan pokok Gharqad atau sebaliknya. Menurut laman web rasmi pertubuhan tersebut, JNF telah menanam lebih 240 juta pokok di Israel sepanjang 100 tahun yang lalu.


P/S ; Dunia dah nak kiamat. Orang yahudi sibuk buat persiapan & giat mengkhayalkan umat Islam dengan duniawi. Kita? Bila lagi? Read more!

Monday, September 13, 2010

Doa Pengasih



Islam Is The Way Of Life.

Dalam berkasih, bukan dengan cara kotor, memerlukan bantuan jin atau syaitan, ubat guna² atau ubat pengasih. Jangan memaksa kalau orang dah tak suka.
Setiap manusia diciptakan berpasang-pasangan.
Kita manusia hanya perlu berusaha untuk mencapai keredhaan Allah dalam setiap perbuatan & amalan kita.

Jadi, di sini, saya terpanggil untuk berkongsi dgn pembaca blog sekalian, Doa Pengasih.

Doa 1

اللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى عِبَادِكَ المُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْ إِلَيَّ المُؤْمِنِينَ

Maksudnya; “Ya Allah limpahkanlah perasaan cinta hamba-Mu terhadap hamba-Mu yang beriman, limpahkanlah juga perasaan cinta mereka terhadapku.”

* Dipetik daripada: 101 Doa daripada Hadis-hadis Sahih, karangan Ustaz Zahazan Mohamed, Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd. (2007), ms. 197

Doa 2

*****saya akan edit post ini untuk dapatkan copy doa, ada kat rumah sewa*****


P/S ; Gunakan untuk kebaikan. Cinta bukan paksaan. Cinta pada Allah lebih agung daripada cinta sesama manusia. Tetapi jika kita bergaduh sesama manusia, itu lebih teruk. Maka, bercintalah anda.

Saya cinta Yayang. Read more!

Thursday, August 12, 2010

Niat Berpuasa & Berbuka



P/S ; Mase kecit² dulu, kalau da dekat nak puasa tu selalu baca niat puasa kuat². Huhu...tapi naseb la sume hapal. Kadang² je perlukan bantuan Mama. Read more!

Monday, August 9, 2010

Food Fer The Strong Heart!

Zikr Munajah is good fer your heart. It is the food fer your soul.
I share you this link to Zikru Munajah --> http://www.scribd.com/doc/8870256/Zikir-MUnajat


Also download the zikir here ;


Or here, i embedded the Zikru Munajah in the document.

Zikir Munajat




P/S ; You can copy  the zikir. TQ to http://nurjeehan.wordpress.com/2007/03/14/zikir-munajat/munajat11jpg/



Read more!