Tuesday, December 7, 2010

Tak suka masuk tandas

Bestnya dapat toilet lawa camni. Sumber? Google la. Ape lagi.

Ada beberapa sebab kenapa saya tak suka masuk tandas. Terutama tandas awam.

1-- Allergik dgn bau hancing. Euuwwww. Tak pun ada orang yang melepas, tercirit, ter-buang, ter-kena kat tepi². Tak selera nak makan kalau cerita.

2-- Tak suka kotor². Air meleleh, nak kena lipat kaki seluar semua. Yelah, siapa yg suka kotor kan? Nak-nak kalau air tu datang dari tandas sebelah. Warna kuning jee....em.

3-- Sebab kadang² takde tandas cangkuk. banyak toilet skrg ada toilet duduk tu. Bila memikirkan kena kongsi² punggung & peha. Takmo. Saya prefer tandas cangkung.

4-- Berbayar. Kalau kat shopping complex lawa, dah takyah bayar. Biasanya yg kena bayar ni, tandas buruk. Jahanam. Walaupun nak masuk basuh tangan or muka. Em, kentut kena bayar tak?

5-- Sebenarnya, saya memang tak suka rasa nak buang air tu. Kecik ke, besar ke. Tak suka, tak suka masuk tandas.

6-- Lagipun kan tandas tu pejabat syaitonirrajim. Sebab tu pelik la kenapa budak² kat sekolah, suuuuke sangat lepak kat toilet. Kalau wangi takpe.

7-- Kalau masuk tandas, takleh bawak barang dalam poket seluar. Terutama kalau careless, ter-masuklah barang² berharga dlm lubang itu.

8-- Bila tandas yg digunakan rooooosak. Nak-nak masuk time memang betul² sakit perut, tak sempat check tandas ada air or flush tu elok ke tak. Hahahaha naya....

9-- Bila masuk tandas yg tiada orang, senyap sunyi. Teringat pulak cerita hantu. Haruuu~~

Anda suka apa yang saya tak suka? Jangan dibuat......


P/S; Harga tisu kat kaunter tu, tak 'mahal' la pulak. 30 sen tu.

No comments:

Post a Comment