Friday, November 26, 2010

Tips Menakutkan Budak Baaaru Nak Buat Salah

[*Sumber dari Google]
Death stare. And you are dead-meat!

Ini adalah cara saya mendiamkan students yang perilakunya tak berapa berkenan di mata saya. Tak kesah di dalam kelas or di mana² di dalam sekolah. Biasanya saya akan gunakan bahasa tubuh berbanding bahasa lidah. Caranya senang. Pandang individu itu sehingga tembus. Bila selalu gunakan ini dan sukses, mereka dah tahu, kalau cekgu buat stare death looking je, takyah la buat lagi.


[*Sumber dari Google]
Cekak pinggang.

Aksi cekak pinggang turut membantu supaya pelajar yg buat salah tu terhenti sekejap. Bila dah cekak pinggang tu, paham² jelah nak buat apa. Takkan cekak je pinggang tu...


[*sumber dari Google]
Bawa rotan ke mana sajee

Selalunya saya juga akan merayau-rayau di kawasan sekolah dengan membawa rotan. Saya tak rotan tapi sekadar cukup untuk menakutkan pelajar yg takut² buat salah. Biasanya kalau students da kenal kita macamana, kompem melarikan diri daripada dilihat leh si cekgu ini.


[*Sumber dari Google]
Berjalan laju

Antara yang penting adalah, berjalan laju supaya cepat sampai ke dalam kelas yg bising atau tempat sasaran. Kalau boleh jalan laju dengan senyap, itu lebih baik. Supaya students yang duduk lepak, merokok dalam tandas, dating ke, tak sedar yang cekgu killer da sampai. Ahaa.. Bila cekgu killer dah sampai, dengan stare to death looking, cekak pinggang & rotan di tangan.......


[*Sumber dari Google]
Kekuatan suara 3 orang.

Kekuatan suara juga memainkan peranan. Perlukan nada yang betul. Supaya mereka sedar yang kita betul² marah. Lontarkan suara dari perut. Ada sekali, saya sakit tekak, anda masih boleh mengeluarkan suara dengan kekuatan 3 orang. Power tak? Satu sekolah boleh tahu, itulah cekgu Syazana.


[*Sumber dari Google]
Muka cekgu maintain garang, okeh?

Dan, ketika anda cuba menghampiri mereka, mungkin ada di antara pelajar itu akan cuba membodek merayu, buat muka kesian dan sebagainya. Yang penting, jangan termakan bodek pujuk rayu itu. Muka cekgu kenalah maintain garang. Jangan senyum walaupun mereka buat kelakar. Sekian.


P/S; Petua ini hanyalah laku untuk saya menakutkan pelajar. Pelajar masih memerlukan nasihat secara psikologi. Panggil pelajar untuk bersemuka dgn guru dan berbincang. Tapi, kalau budak yang dah degil sangat tu, hantar je kat guru disiplin. Habes cerita.

No comments:

Post a Comment