Sunday, November 28, 2010

Sayonara Wani.....


Rasanya macam ni lah keadaan saya sekarang. Sangat sangat sangat penat. Dalam bahasa omputehnya, extremely exhausted. Penat sangat sampai tertidor atas pinggan nasik.
Macam kuceng yg comel ini [adakah itu bermaksud saya comel?] tertidur di atas piring Frieskies beliau. Haha, kesian...nyeeee.....

Sebab ape lah yang penat sangat tu..

1-- Start dari hari Sabtu, gerak dari Seremban ke Serting, g wedding my cousin. Kemudian, bertolak ke Batu Pahat melalui Melaka, Muar & Parit Sulong. Hari ni, seharian dalam kereta, journey guna jalan lama - dari Pasir Gudang ke Batu Pahat, melalui Kota Tinggi, Bandar Tenggara & Kluang.

Mama ber-foto dengan sepupu, Imah.

2-- Malam sebelumnya layan bola, Manchester United vs Blackburn, catat gol yg sangat banyak season ni. Fuhh, puas hati, 7-1 tuuuuu. Nani, Berbatov, Rooney, you are the best! Bola habis dalam kul 1 a.m gitu.

3-- Tido lambat dalam kul 1 lebih, bangun awal kul 5 lebih.


Hari ni, kami sekeluarga, kecuali adik persis Dafi je yang takde, menghantar my only little sister, Wani mendaftar pelajar baru kat Politeknik Premier Johor Bahru. Penat menunggu Wani beratur mengambil kunci bilik. Suasana kat asrama Wani, emm, buatkan saya terasa nak masuk belajar lagi, tapi kembali ke Semester 1 kat UPSI. Hehehe, macam best je sebab dapat beli barang² baru. Environment kat asrama tu pun macam best je.



Yang tak best nya, bila nak balik. Erk, Mama dah start nak sedih² dah. Mana tak nya, Wani tu dah laa tak pernah stay jauh dari Mama, suddenly kena hantar jauh. Ke Selatan. Nasib la kakak dia ada kat Batu Pahat. Saya, Shafiq ngan Aiman da merah² muka dah, tahan air mata, sebab tengok Mama. Adoyaii, scene ni yang kitorang tak berapa suka nak handle.. Lepas peluk cium ngan Wani, masuk kereta. Switch on radio, tiba² kua pulak lagu. "Bila cinta ini, tak lagi bermakna, yang ku rasa......." Shoooot. Terus tukaw lagu lain. Lagu nak sedih..

Kami semua memikirkan Shivani Ji [nama gelaran kitorang adik-beradik bagi] Wani seorang yang sangat lurus, kadang² lalai, sikit² slow, risau jugak macamane dia nak bawak diri kat tempat orang tapi sejak Wani lepas SPM tahun lepas, Mama benarkan Wani kerja berbanding saya selepas SPM. Kerja Wani yang pertama, jadi promoter kat kedai Cosway yang baru je bukak sempena pembukaan Carrefour baru kat Seremban. Lepas tu berhenti sebab dapat kerja kat Pizza Hut, Giant Senawang. Masa kerja kat Pizza lah, confident level Wani dah naik banyak. Best, best.

I just wish my little sister akan lebih matang & berusaha untuk belajar. Diploma Rekabentuk Grafik tu. Dapatkan segulung sijil untuk ini sayang. Kalau kita tak berusaha, rugi yolah kitorang penat lelah, berhempas pulas menyokong serta support Wani. Wokey?


Untuk Wani yang baik hati, itu pun kalau Wani baca blog akak ni, akak sayang Wani. Takmo nanges, takmo nanges. Apa² hal berkaitan belajar ke, kawan ke, apa² ke, bagitahu lah. Kalau orang nak ngorat, jangan dilayan sangat, lelaki sekarang tak boleh nak percaya sangat. Kalau takde buat ape² weekend, balik la Batu Pahat. Akak tunggu. Kalau hal duit, boleh dibawak berbincang ;) dgn Mama &a Abang. Okey? We all love you. Hati² pilih kawan. Kem salam kat room-mate, Hidayah. [Dulu room-mate akak nama Hidayah, skrg pn hausmet akak nama Hidayah, Wani pun nak jugak?]


Inilah Shivani Ji sayeee....
[saya bertudung putih, Wani bertudung hitam]



Dulu Wani bergambar dgn akak lepas akak konvo. 
Akak nak tunggu 3 tahun lagi untuk bergambar dgn Wani pulak ye.

Huhuk, mesti rindu dgn Wani nanti. Selalu balik rumah, boleh tido ngan Wani. Um, um, um, waaaaa, da sedey dahh... Adoyai, cuti ni tak de Wani? [****merembes air mata]



P/S; Nak sambung Master pun malashhh...

2 comments:

hizrie said...

tang 'hal duit' tu xtahan..'boleh dibawak berbincang dgn mama&abg'..haha~
p/s:fuhh..selamat kakak~thehe
to wani:gud luck wani!^^

syazana said...

loloy, amboi.....kih kih kih...biasa lahhh..

;)

Post a Comment