Wednesday, December 8, 2010

Basuh bontot?

Tajuk nak cliche lebih. Hahahahhhahaha.

Takde ape pon. Cuma tadi blogwalking, terbaca dalam blog En. Hazrey pasal The Truth About Toilet.

Apa cerita nya? Takdelah ape sangat cuma semalam saya baaaaaaaru je post topik pasal toilet. Tak suka masuk tandas. Wakakakka. Agak kelakar di sini bila tengok images tu.

First.


Second.


Lastly.



Cuci bontot korang sebelum duduk atas toilet tu. Kalau tak, ada jangkitan, kena gatal² kat bontot baruuuuu korang tau. Hihihihik. Bodo sayep.


P/S; Tetap ta suka masuk tandas! Huh. Read more!

Tuesday, December 7, 2010

Qarin - What Is It?

Qarin.
Teringat masa sekolah dulu, Ustaz Fauzi pernah bercerita bahawa setiap manusia ada kembarnya, iaitu qarin.

Qarin ni apa bendanya? Manusia jugak ke? Roh ke? Atau...?
Korang tentu tahu, di sebelah kanan kita ialah Malaikat yg akan menyuruh kita membuat perkara-perkara baik. Qarin ni pulak berada di sebelah kiri dan mengajak kita membuat perkara perkara yg jahat, contohnya membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Sumber dari Google.com

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini memang ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Oh. Ape cerita menarik pasal qarin ni?
Ada yg cerita pasal jelmaan orang yang dah mati akan muncul di tempat ia pergi sebelum meninggal, mungkin disebabkan kemalangan atau dibunuh. Ala...macam cerita orang dulu² pasal nampak perempuan cantik jalan seorang diri. Bila orang berhenti untuk ditumpangkan, perempuan cantik tu menunjukkan arah ke rumah nya. Esok lusa bila pergi ke rumah tu, family dia cakap yang perempuan tu dah lama meninggal. Semalam adalah ulangtahun kematian yang ke-3 dan sebagainya.



So, apa kata anda? Pernah jumpa Qarin?

P/S; Saya selalu terlupa perkataan Qarin. Read more!

Salah Faham Pemakaian Tudung - Stop Being Ignorance!

STOP BEING INGNORANCE.
Sumber daripada Google.com

Saya tertarik dgn satu komen yg sangat menyentuh hati saya. Saya ambil dari http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/07/salah-faham-pemakaian-tudung.html.

Dalam blog post Salafus-Solihin ni adalah tentang salah faham pemakaian tudung oleh remaja & kaum wanita sekarang. Termasuk dalam etika pemakaian unit uniform di sekolah² or pakaian pegawai or nurse². Boleh baca sendiri lah ye?

Tapi yg sangat tak menyedapkan hati saya bila ramai yg menjadi pengkritik berbanding memuji usaha murni Salafus-Solihin yg cuba berdakwah tentang pemakaian tudung yg baik.

Komen di bawah adalah yg terbaik:

"I'm not a preacher.. and im not perfect.. In fact i'm the worst! but still, when i read throughout the comments, i can see some ppl are being ignorant. Too much ignorance until they forgot where they come from,who made them the way they were today. I do forget it most of the times. But when a certain ppl such as salafus sholih do or post something like this, I came to realize what I did wrong in my life.. Admit that we were definitely far far away from the way we were supposed to be.. But thanks to ppl like Salafus, who keep reminding us. Remind who we were.. Where do we came from.. And what is our purpose..

So, my point is..stop being so ignorance.. Lots and lots of ppl trying to help us back to THE ONE.. We should be grateful.. At least, in this wretched world, we still have ppl who care for us.who we can call Sahabat..who fight to bring us to the Islam's way.. Remind us who we truly are.. So, we should be thankful.. Not criticizing for the deeds that our Muslim's brother had done..

LEARN TO ACCEPT.. not to ignore..

Thanks my brother..

Assalamualaikum..
"

Source: Google.com

Sepatutnya, kita menjadi seperti Anonymous yang ini, bukan Anonymous yg pengecut, hanya tau mengkritik, mencari salah orang itu sedangkan apa yang cuba disampaikan adalah baik. Sekurang-kurangnya, Salafus-Solihin sudah memblurkan wajah si pemakai tudung tersebut & tidak jelas. Video nya tidak pula saya lihat, mungkin telah dipadamkan. Tetapi saya pernah melihat satu video di Facebook berkenaan pemakaian tudung & aurat perempuan.

(Video itu menyebabkan saya memadamkan semua gambar sayadi Facebook & tidak membenarkan sesiapa melihatnya lagi)

Dan lebih baik daripada orang lain tu nak mengutuk, volunteer kan diri anda untuk mencipta satu video kartun or ilustrasi mcmna nak tutup aurat dgn cara memakai tudung.

Kadang² kita tak sedar, orang non-muslim memerhatikan kita berbalah sesama kita. Sepatutnya perkara ni semua orang dah tahu. Bukan nya memberi alasan. Antara alasan yg dibuat boleh dibaca dalam link ni: http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/12/alasan-kebiasaan-si-pelaku-dedah-aurat.html. Buat yang sudah berubah, tahniah. Saya juga sedikit sebanyak cuba memberi nasihat kepada certain² orang yg saya sayang utk berubah. TQ Salafus-Solihin. Blog anda saya baca dan saya adalah silent reader.

Source from Google.com


P/S; Bukan semua orang betul, bukan semua orang salah. A,bil iktibar, ambil yang baik. Yang salah jangan diungkit, jangan dibesarkan. Read more!