Thursday, June 13, 2013

Hiburan: Maksiat yang Makan Dalam

Kalau seseorang itu memakan racun, jelas bahawa dia telah membuat sesuatu yang bahaya dan yang mendatangkan mudharat pada dirinya. Memakan racun bukanlah satu kerja yang waras. Orang yang siuman dan berfikiran waras dan tidak akan memakan racun. Bahaya dan mudharatnya jelas diketahui.

Kalau dia memakan racun di hadapan keluarga, sanak saudara atau orang ramai, maka mereka akan menghalang dan menegahnya. Kalau dia berkeras juga hendak makan racun itu, mereka akan merampas racun itu darinya.

Akan tetapi, kalau orang yang sama memakan lemak dan minyak dengan banyak, memakan gula tanpa had atau memakan makanan yang pedas-pedas belaka, tiada siapa yang akan menghalangnya. Sedangkan cara pemakanan sedemikian boleh membahayakan kesihatan. Namun begitu,mudharatnya tidak begitu ketara kalau dibandingkan dengan racun. Oleh itu orang ambil ringan dan menganggap ia perkara biasa.

Begitu jugalah keadaannya dengan maksiat. Ada maksiat yang macam racun. Ini termasuklah mencuri, merompak, membunuh, berzina, merogol, berjudi dan sebagainya. Tidak mudah maksiat-maksiat seperti ini dilakukan di khalayak ramai. Orang akan menegah dan menghalang. Orang akan bertindak untuk menumpaskan orang yang melakukannya.

Dalam pada itu, ada pula maksiat yang macam lemak, gula dan cili.
Sekali pandang ia tidak kelihatan seperti maksiat.
Malahan ia tidak pun dianggap sebagai suatu maksiat. Maka seluruh manusia bergelumang di dalamnya.
Daripada pihak atasan hinggalah ke peringkag bawahan.
Dari pemimpin hinggalah kepada rakyat jelata.
Dari guru hinggalah kepada anak murid.
Orang bandar hinggalah kepada orang kampung.
Namun mudharatnya MAKAN DALAM. Sedikit demi sedikit, ia merosakkan. Lama kelamaan seluruh masyarakat jatuh sakit dan pincang.

Maksiat yang tidak dianggap maksiat ialah maksiat yang ada hubung kait dengan hiburan.
Ini termasuklah joget, tari menari, nyanyian, muzik, olahraga dan sukan.
Ramai yang sukar menerima bahawa tarian, nyanyian, muzik dan sukan adalah bentuk-bentuk maksiat sepertimana juga ramai yang tidak daoat menerima bahawa lemak, gula dan cili itu adalah racun kerana kita telah terbiasa dengannya. Kalau tidak ada, makan tidak sedap.

Tetapi siapakah yang boleh menolak hakikat bahawa semua itu mudharat dalam jangka masa panjang.
Siapa yang boleh menolak menolak hakikat bahawa mudharatnya halus tetapi makan dalam.
Kalau mudharatnya telah berleluasa dalam masyarakat, ia susah untuk dipulihkan.
Sama susahnya untuk memulihkan orang yang sudah terkena penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan lemah jantung akibat terlalu banyak makan lemak, gula dan cili.

Orang-orang yang terlibat secara terus dengan tari-menari, nyanyian, muzik, olahraga dan sukan yang kita lihat di pentas, auditorium, kaca TV, stadium dan gelanggang sukan dan yang berkumandang suara mereka di radio juga ramai. Tetapi mereka tertakhluk kepada syarat-syarat dan disiplin yang tertentu dan tidak bebas berbuat sesuka hati mereka.
Tetapi apa yang menjadi masalah ialah peminat-peminat di seluruh negara yang terdiri dari pelbagai peringkat umur, pelbagai tahap pendidikan dan pelbagai tahap akhlak dan moral. Mereka ini tidak tertakhluk kepada apa-apa syarat dan disiplin. Mereka bebas berbuat aoa sahaja sesuka hati mereka.

Merka asyik dengan muzik dan nyanyian-nyanyian yang mereka dengar dan dengan olahraga dan sukan yang mereka turut memberi sokongan. Mereka dibuai dan dilalaikan dengan hibufan-hiburan seperti ini.

Lama-kelamaan, watak, psikologi dan minta mereka ini akan cenderung semata-mata kepada segala apa yang berbentuk hiburan.
Hiburan menjadi tunjang utama dalam hidup mereka. Apa-apa pun berhibur. Lapang-lapang sikit berhibur.
Sudah tidak ada perkara serius dalam hidup mereka lagi. Hidup mereka tidak lain hanya untuk berhibur.

Masyarakat atau bangsa yangmempunyai psikologi seperti ini susah untuk dididik supaya menjadi bangsa yang kuat, berwibawa dan yang membangun dan berkemajuan. Jauh sekali untuk menjadi satu bangsa yang mendukung, menguatkan dan memperjuangkan agama.

Bangsa yang asyik dengan berhibur ialah bangsa yang lemah jiwa, lemah pendirian, suka meniru orang, tiada jati diri, suka berfoya-foya dan berjiwa hamba. Bangsa yang gila berhibur ialah bangsa yang tidak tahu erti pengorbanan dan apa erti tanggungjawab untuk memartabatkan bangsa dan agama.

Lebih teruk lagi, bangsa yang terkena sindrom berhibur ini sangat terdedah kepada pengaruh-pengaruh luar. Jinak dengan maksiat. Terlibat dengan rokok, dadah, arak, pergaulan bebas, seks bebas, rosak moral, bohsia, bohjan dan seribu satu macam salah laku. Tidak ada apa-apa kekuatan jiwa dan diri mereka untuk menolak pengaruh-pengaruh liar dan jahat ini. Malahan apa yang ada dalam diri mereka hanyalan dorongan dan kecenderungan untuk berbuat apa saja asalkan berhibur. Mereka sangka dunia bertanggungjawab untuk menyara hidup mereka.

"They think the world owes them a living."

Tiada siapa yang dapat mereka contohi dan dapat jadikan 'role model' dalam hidup mereka kecualilah para artis dan jaguh sukan mereka.  Mereka jnilab yang menjadi idola mereka. Mereka inilah yang mereka cuba tiru. Apa hasilnya? Mungkin ada segelintir yang berkebolehan dan terus menjadi artis atau ahli sukan. Ramainya pula yang akan kecundang. Mereka akan cuba mencari jalan lain untuk memehuhi keinginan mereka itu. Paling tidak  bahan bacaan mereka hanyalah akhbar dan majakan hiburan. Percakapan dan perbualan mereka hanyalah sekitar dunia hiaburan. Hiburan, hiburan, hiburan.

Mereka terlalu asing dengan persoalan iman, taqwa, akhlak, memperbaiki diri, bermujahadah, mengenal diri dan pembinaan insan. Mereka tidak faham apa itu hablummimallah dan hablumminannas. Mereka tidak tahu apa itu fardhu ain dan apa itu fardhu kifayah. Mereka juga tidak membaca Al Quran. Yang mereka tahu, melalak sini, melalak sana. Masyarakat hendak jahanam ke, negara hendak digadai ke, mereka tidak tahu dan tidak ambil peduli.

Inilan keadaan budaya hiburan. Maksiat yang makan dalam. Kita sibuk dan kita marah anak-anak muda tidak berdisiplin, tiada tujuan hidup, pemalas, tiada cita-cita dan tiada kemajuan. Walhal kita jugalah yang telan merosakkan dan mengusir semua itu dari dalam hati dan jiwa mereka dengan tidak henti-henti menyogok mereka dengan hiburan iaitu maksiat yang selama ini tidak dianggap maksiat. Kita tidak ambil berat tentang pendidikan agama dan akhlak, tentang budi pekerti dan tatasusila, tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pewaris bangsa dan pendukung agama.

Percaya atau tidak, sedar atau tidak, inilah dia perancangan Nasrani dan Yahudi yang halus dan licik.
Setelah jiwa anak-anak muda kita dilemahkan, dilalaikan dan diracuni dengan semua bentuk hiburan yang melalaikan itu, maka mudahlah bagi mereka memperkotak-katikkan masyarakat dan bangsa kita, merosakkan akhlak, menjauhkan kita dari agama Islam dan melemahkan iman kita.
Para artis, pemuzik, shli sukan hanyalah alat-alat mereka. Matkamat mereka yang sebenarnya ialah merosakkan dan menjajah serta melemahkan jiwa masyarakat, rakyat dan bangsa kita.

Nasrani dan Yahudilah penganjur terbesar bagi program-program hiburan, pementasan rock dan muzik oleh artis-artis tempatan dan luar negara dan bagi temasya-temasya sukan. Segelintir orang-orang kita pula sanggup menjadi dalang dan ramai yang memberi galakan dan sokongan. Tidak kurang yang membantu dan memberi pelbagai kemudahan.

Bertaubatlah, bertaubatlah, bertaubatlah. Maksiat ini makan dalam. Kitalah bangsa itu.

Read more!

Wednesday, August 1, 2012

RESEPI: Biskut Coklat Badam

Sumber: http://mamakitchen-makcikmanggis.blogspot.com/2010/08/biskut-coklat-badam.html

Bahan-bahannya:300 gm tepung naik sendiri.*250 gm butter.250 gm coklat masakan.190 gm gula halus1 biji telur.200 gm tepung jagung.*2 tbsp serbuk koko.*200 gm badam flakes1 tsp  essen vanilla ***Ayak semua bahan-bahan yang bertanda bintang.

Cara-caranya:Pukul gula dan butter& esen vanilla hingga kembangMasukkan telur,coklat(cairkan) dan pukul lagi hingga adunan sebati.Kemudian masukkan bahan -bahan yang telah diayak tadi dan gaul& uli hingga sebati.Akhir sekali masukkan badam dan uli lagi hingga sekata.Masukkan adunan kedalam plastik dan bentukkan empat segi memanjang seperti foto dibawah ni.Simpan dalam peti sejuk hingga keras.Keluarkan dan potong mengikut ketebalan yang dikehendaki.Bakar hingga masak.....Selamat mencuba!






Pastikan ada sedikit ruang semasa membakarnya agar biskut tidak melekat antara satu sama lain.Biskut yang mengandungi tepung naik sendiri akan mengembang semasa dibakar .Gunakan pisau yang betul-betul tajam untuk memotong agar biskut kelihatan rapi...



Read more!

Wednesday, February 15, 2012

9 Kelebihan Ibu Mengandung

[ Source Link ]

1-- Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2-- Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3-- Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4-- Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5-- Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6-- Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7-- Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8-- Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9-- Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Sumber – http://www.informasi.my/info-kemuliaan-ibu-mengandung-dalam-islam/


P/S; Luckily I'm pregnant. Semoga semuanya berjalan dengan lancar..amiinnn...
Read more!