Saye tertarik dgn istilah 'pectarian' iaitu orang yg vegetarian tapi still makan ikan.
Wow.
Nak² plak, baru je lepas baca pasal artikel Diet Mengikut Jenis Darah.
Yg gila nye, kalau ikutkan sangat artikel tu, memang kurus la saye. Daging tak boleh, ayam pon tak boleh.
Mase saye study dulu, saye mengurangkan makan ayam and banyak makan ikan, so mmg bole kurus.
Masalahnye, dulu saye rajin exercise. Sekarang? Sangat kurang.
So.........kena la baaaaaanyak² exercise ni.
Mungkin saye bole jadi pectarian....
Info tentang DIET untuk GOLONGAN DARAH A
Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.
Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam
jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba
Untuk search tentang diet untuk jenis darah yg lain, try google --> Diet Mengikut Jenis Darah.
Google.com |
P/S ; Hari ni saye telah memulakan menu - Sayur black pepper. Dayah tanye, "Kenape tak masukkan sotong sekali?" Huhu. Lain kali boleh masukkan. Weee....
1 comment:
armouris, tq kerana kongsi info...
Post a Comment