Thursday, September 16, 2010

Anniversary Siapa Pulak?

Tadi, saya & family menziarahi keluarga belah Mama.
Anak bongsu untuk abang sulung atok saya. Namanya Paksu Rahman.
Tinggal kat Taman Telawi.
Yang bestnya, dua pupu-dua pupu-kitorang tu, alahaiiii la, comelnyeeeee.
Saaaaangat comel. Empat beradik. Terlupa nak capture gambar diorang.
Yg no.2 & no.3 tu muka nak sama, macam kembar.
Banyak cakap pulak tu, petah.
Suka diorang bila saya & cousins datang ke rumah.
"Kakak putih, kakak putih, abang handsome." Itulah kata diorang.
Yg adik no.3 namanya, Ahmad Ziyad Irfan tu ckp kat Fza, "Kakak putih, kakak putih tinggal sini ye. Kitorang takde kakak."
Alalalalala.....so sweet. Kesian pn ade..
Ape² pun, fun duk melayan anak² comel tu.
Masa nak balik tu, si kecil Irfan tu ckp, "Terima kasih datang rumah kitorang ye.."
Emmm, geram. Ku cubit² pipi Irfan tu. COMEL!
Sempat capture gambar ke-sengal-an Habsah & Shikin yg berusaha untuk mengayuh basikal kecik!


Tapi, apa kena-mengena kisah menziarah raya ni dgn anniversary?
Anniversary siapa pulak ni? Hahahaha.. pelik² je.
Sebenarnya, cousin saya bisik² kat telinga, bagitau yang kereta cousin saya, Ibrahim, hari ni anniversary/birthday yang pertama!
Oh, la....itu je rupanya. Hehe.
Masa nak balik, saya & cousin gerak ke Viva BKM tu.
Pastu kitorang nyanyi Happy Birthday. Ekekek. Sengal.
Sempat saya ambil gambar Ibrahim dgn keretanya tu.


Bila teringat pasal anniversary kereta, yep, kereta Persona merah saya tu pon, sambut anniversary jugak! Tapi tarikh dah lepas. 31 Julai hari tu.
Ape² pon, Persona-ku, Happy Birthday ye. Jangan nakal² tau.
Nanti kita ketuk sket pintu tu ye. [Kes langgar pintu gate rumah nenek, hari raya pertama pulak tu wakakakkaa]
Esok saya mandikan ye. Abes bulu² & tapak kaki kucing atas kereta.

Ni gambar lama, masa kereta tak banyak kecederaan lagi ;(

P/S ; Malashhhhnye nak balik Batu Pahat.

No comments:

Post a Comment