Friday, December 10, 2010

Bangunan Nak Tinggi

Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; Suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim."
(Hadis Riwayat Ibn Majah)

Dah baca hadith sahih tadi? Bagaimana Rasulullah menyatakan tanda kelima untuk Kiamat. Ya, ramai yang berlumba-lumba nak mendirikan bangunan yang tinggi, bersaing antara satu sama lain.


Menara Jam Abraj Al Bait terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram - bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian keseluruhan adalah 601 m, mengatasi menara Taipei 101 (509 m) dan berada di belakang Burj Khalifa (828 m) - Sumber: Salafus-sholih.blogspot.com

Sumber: Google.com

Sedarkah anda wahai Perdana Menteri tersayang, bahawa anda baru sahaja menunjukkan petanda nak Kiamat. Buat apalah nak bina bangunan 100 tingkat tu? Nak beat Tun Dr. Mahathitr ke? Nak jadi PM bukan bermakna dapat menyediakan bangunan tertinggi dengan mengambil duit peruntukan gaji untuk rakyat yang menjawat jawatan awam. Saya terdengar ada sumber menyatakan 1.5 billion tu cukup untuk bayar bonus untuk penjawat awam. Em, em, em, saya tak paham kenapa lah.

Gaji tak naik-naik. Bonus pun macam ada takde. Tapi harga minyak, naik, naik, naik. Dah naik 3 kali rasanya. Harga gula pulak dah naik.

Kalau zaman sahabat Rasullullah s.a.w. menjadi Khalifah iaitu bergelar khulafurrasyidin. Mereka adalah Abu Bakar As-Shiddiq, Umar bin Khattab, Uthman bin Affan, dan Ali bin Abi Thalib. Keempat sahabat tersebut mempertahankan Islam berdasarkan ajaran Nabi Muhammad s.a.w.

Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a. adalah sahabat nabi yang paling kaya sekaligus paling dermawan. Tapi kaya beliau, masih tetap menjadi pemimpin yang hebat. Sebab beliau adalah seorang dermawan. Bila Umar al-Khattab r.a. menjadi khalifah pula, beliau tidak mahu mengambil kekayaan sedinar pun. Bahkan, ketika ada seorang ibu yang mengeluh bahwa pemimpin Islam tidak tahu pada kemiskinannya, Umar menyamar dan membantu ibu itu. Pemimpin kita ada tak buat macam tu?

Uthman bin Affan r.a. adalah sahabat Nabi yang kaya, seperti Abu Bakar. Ali bin Abi Talib r.a. adalah sahabat nabi yang paling cerdas. Beliau juga sangat hebat dalam berperang. Disebabkan itu, Ali mendapat gelar "Singa Allah" dan “Karramallahu Wajhah” yang bermaksud orang yang dimuliakan Allah wajahnya, kerana tidak pernah menyembah berhala sejak lahir. Melalui Ali jugalah keturunan Nabi dilanjutkan kerana Ali menikahi Fatimah, puteri kesayangan Nabi.

Jadi wahai pemimpin-pemimpin rakyat di Malaysia sekalian, kebendaan bukanlah yang perlu anda kejarkan. Sifat kepimpinanmu itu yang lebih penting. Ingatlah ketika dalam alam kubur nanti, anda akan ditanya tentang keadaan negara semasa anda memimpin. Apa yang akan anda jawab? Fikir-fikirkanlah.

Bukan duit, bukan harta yang dikumpulkan.

P/S; Sesi munasabah diri. Bernasib baiklah saya bukan PM sebab banyak beban yang perlu saya pikul dengan jujur & amanah.
Read more!

Seriously It's Copy!

Benar apa yang dikata. Saya copy bulat² and takmo ubahsuai isi kandungan entry kali ni. Nak bebel panjang² nanti jadi mak nenek pulak. Lagipun, sharing is caring. Copy dari Facebook okay? Ramai dah baca pasal ni tapi apa salahnya saya post kan. Sambil copy sambil baca and sambil tu dapat ilmu dan menginsafi diri. Sebab saya pun tak sempurna.

Artikel ni pasal ehem, 13 Aurat Wanita Yang WAJIB Dijaga. WAJIB okay? Wajib. And entry kali ni khas buat gadis², anak dara pingitan serta untuk lelaki² untuk menegur adik² perempuan, kakak atau saudara-mara korang. Cuba tengok sidebar saya sekejap. Ada kat stickers tu. 

*****

1-- Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

Ada tak orang yang buat kening guna komputer?

*****

2-- Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. 


Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

Oh! Tak boleh pakai gelang kaki dah..

*****
3-- Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
Pakai perfume berpada-pada.

*****
4-- Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

Menutup AURAT yang dituntut oleh Islam
[Klik untuk tumbesaran gambar 2 kali ganda]
Sumber: Google.com

Kesalahan dalam etika pakaian wanita Islam.
[Klik untuk tumbesaran gambar 2 kali ganda]
Sumber: Google.com


*****
5-- Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani. Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


Ada ke orang yang nak kikir gigi jadi camni?

*****
6-- Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
*****
7-- Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
*****
8-- Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
*****
9-- Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.


Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
Tahu mata da cantik sebab da beli contact lens mahal ye tak?
*****
10-- Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.


Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
Ada yang berhasrat nak jadi juara AF10? Tak payah!
*****
11-- Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.


Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

*****
12-- Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

*****
13-- Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Simpanlah rambut hanya untuk dilihat suami anda.



Wallahu'alam..


P/S; Saling ingat-mengingati. 
Read more!

Logik Ke Tak Logik?

"Logik tak semestinya betul." - Ini saya yang kata.

[Gambar diambil dari Google.com]

Kalau pasal agama, guna logik sahaja dah tentu tak boleh.
Kalau orang dulu, terima iman dulu, baru dapat ilmu agama.
Orang sekarang, hengat dah banyak sangat ilmu dunia, banyak sangat logik akai, berlagak pulak tu,  iman pulak dah hilang pergi entah ke mana. 
Boleh pulak tanya kenapa kita kena sembahyang, kenapa kena puasa, kenapa kena korban, kenapa kena lontar jamrah dan sebagainya.
Dah tahu kena tutup aurat, boleh pulak cakap: "At least saya tak buat jahat.", "Sexy is a fashion.", "Orang yang tutup aurat pun kena tangkap basah jugak". Inilah yang dinamakan jahil agama. Takpun, hati dah hitam sebab dah banyak sangat kena goda dengan Syaiton!

Yes. Yes. Syaiton pun sukeeeeee. Yippie! 
Bodoh.


Dah tentu² belajar masa sekolah lagi (saya dah belajar masa Taski ABIM) yang itu semua ada dalam Rukun Islam dan Rukun Iman. Masa Pendidikan Islam. Ke...diorang ni tak belajar?


Nak saya nyanyi lagu yang saya belajar masa saya tadika tak? Best. Sebab sampai ke tua saya ingat!

"Rukun Islam lima perkara.
 Pertama; Mengucap Dua Kalimah Syahadah. 
Kedua; Sembahyang. 
Ketiga; Puasa. 
Keempat; Zakat. 
Kelima; Naik hajiiiiiii... 
Sallallahu rabbuna, 'ala nuril'alamin, Muhammadani mustofa, 
Saiyidil mursalin, wa 'alaa aalihi wasohbihi ajma'in.."

"Rukun Iman enam perkara. 
Pertama; Allah. Kedua; Malaikat. 
Ketiga; Kitab. Keempat; Rasul. 
Kelima; Kiamat. Qada' dan Qadar (ke-enam)...... 
Sallallahu rabbuna, 'ala nuril'alamin, Muhammadani mustofa, 
Saiyidil mursalin, wa 'alaa aalihi wasohbihi ajma'in.."


Berbalik kepada tajuk, sifat mereka itu dinamakan ego, sombong & bongkak ataupun senang cerita, sebenarnya sifat ini adalah salah satu sifat syaitonnirrajimyang telah menyebabkannya dihalau keluar dari syurga. Korang semua rasanya dah tahu tentu kisah ini, jadikanlah iktibar sebab syaitan itu sentiasa menyesatkan.

Bismillahirrahmanirrahim. 
Berfirman Allah dalam surah Sod ayat 71-74:
"Ketika Tuhanmu berkata kepada Malaikat-Malaikat: 
Sesungguhnya Aku menciptakan manusia daripada Tanah." -71
"Apabila Aku sempurnakan kejadian nya dan kutiupkan ruh-Ku (ruh ciptaan Ku) 
kepadanya, maka meniaraplah mereka sujud kepadanya." -72
"Lalu sujud malaikat semuanya, sekaliannya." -73
"Kecuali Iblis, ia sombong, lalu menjadi kafir." -74


Lepas keluar dari syurga, terputuslah segala kebolehan Syaitan untuk mengetahui setiap rencana Allah. Jadi dengan cara itulah, Syaitan sentiasa cuba menghasut manusia supaya turut sama mengingkari perintah Allah s.w.t.

Wahai kaum manusia, janganlah anda bongkak kalau setakat ilmu di dunia.
Penuhkanlah iman di dada. Ingatkanlah diri untuk mendirikan tiang dalam hati masing-masing.
Tau tak apa tiang nya? Solat 5 waktu sehari-semalam!

Ada artikel yang telah saya baca:
Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan iaitu:

Syaitan jahat! - Sumber: Google.com

1-- Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2-- Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah s.w.t.

3-- A'awan - Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4-- Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yang ada minuman keras).

5-- Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah SWT. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc

Syaitan yang banyak di bibir-bibir kaum wanita, suka mengumpat - Sumber : Google.com

6-- Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7-- Daasim - (#BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

Syaitan Walahaan berbisik ketika kita solat - Sumber: Google.com

8-- Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat & menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9-- Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Sekian.


P/S; Astaghfirullah al-'adzim...... Istighfar lah anda banyak². Fikirlah baik-baik. Dosa dalam hati kita ini adalah angkara syaiton! Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari diri saya sendiri. Maaf kerana kekasaran bahasa.
Read more!