Thursday, January 27, 2011

PTPTN Secara Ujrah 1%! PTP Tipu.

Dibenarkan untuk copy-paste ke mana-mana, dengan menyertakan link ke halaman ini:
http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=645656#645656

Oleh: Adou_Fr

Salam,

1-- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2-- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3-- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4-- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5-- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6-- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7-- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8-- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9-- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10-- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11-- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12-- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13-- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14-- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15-- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16-- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17-- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18-- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19-- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secaraclean atas topeng Syari`ah.

ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟

WaLlahu a`lam.

Sumber asal:
http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=645656#645656

Bacaan berkaitan:
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/859-ptptn-baru-berasaskan-ujrah--ulasan-saya.html


P/S ; Kuang hajaw! Gila banyak riba'!

18 comments:

@cik_ezati said...

aduhhh pening nk kne byr hutang PTPTN pas abes belajar t, PTPTIPU betul lerrrr

syazana said...

PTP Tipu!

Anonymous said...

Ni yang saya dapat dari laman web ptptn

Apa berlaku kepada bayaran balik yang dibuat selepas 1 Jun 2008?
Jawapan : Bayaran balik yang telah diterima selepas 1 Jun 2008 akan diselaraskan
dengan jadual bayaran balik pembiayaan, dengan mengambil kira jumlah Ujrah (upah)
sepatutnya dan kos pentadbiran yang telah dikenakan bagi tempoh 1 Jun 2008 sehingga
tarikh semasa. Sebarang lebihan akan digunakan untuk menyelesaikan ansuran bulanan
ke hadapan.

Means nanti ptptn akan kira semula n tolak baki ptpt yang tinggal...

Anonymous said...

dah pinjam tu bayar jer laa.. lagi pun tu kebaikanyg diberi pada kita untuk belajar. kalau tak ada ptptn ni nk bayar yuran camana. bukan org kaya. kalau kaya tu tak payah pinjam guna duit cash jer. tak perlu pining nak bayar.

org kita ni masa nak duit semua sanggup sign borang sana sini, cari surat pengesahan dapat jer.

bila dah dapat keje, duit gaji masuk bank, nak keluarkan pi bayar ptptn punya la liat. sedangkan kan boleh transfer jer.. dihujung jari.

syazana said...

Wahai anonymous ke2, masalah saya takde dr segi pembayaran balik. Masalah yg dibangkitkan apabila PTPTN mengenakan caj pentadbiran yg diberi nama Ujrah menggantikan perkataan 'interest'. Dgn menggunakan nama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional' dgn kadar caj 3% & sekarang bertambah dgn kadar 1%, saya rasa, baik nama PTPTN itu ditukarkan kepada Bank Pinjaman Bayaran Pendidikan je. Sebab cara mereka sama macam kita pinjam kt bank.. Ok, yg menjadi isu adalah kpd mereka yg bayar, dikenakan berhabisan. Cubalah saman mereka yg tak bayar. Kenapa harus org yg bayar balik ni yg kena? Dan awak tak perlulah nak marah kt cni. Saya hanya menyampaikan helah terselindung disebalik pengurusan bayaran balik pinjaman PTPTN.

Anonymous said...

dah tu cara dia terima jer tak nak terima jandan jadi peminjam ptptn

syazana said...

hoho. awk yg pemarah ni sape? org ptptn ek?

Anonymous said...

sah la dia ni org PTPTN..
x pun anak org kaya yg x tau perit org yg pinjam PTPTN..

bkn xleh nak bayar..
tp kalo nampak byk sgt helah dan semakin tinggi %, mesti la peminjam bising

bkn bising xmo bayar tp bising napa nak berHELAH..

syazana said...

betul, nak-nak lak bila yg BAYAR yg kena HELAH ni. yg TAK BAYAR, tak pulak KENA apa-apa.

Anonymous said...

yg tak bayar lg la tinggi kene interest bulan2, bukanya blh stop pom interest tu kalau x byr..
so lbh baik byr dr x byr..

Ismi Azraf said...

Mungkin PTPTN perlu perjelaskan lagi sistem pembayaran dan jumlah kewangan +% atas bayaran untuk apa bagi mengelakkan riba'.


Jom ke FARISZ@AZ.Com

syazana said...

yup, betul :)

Anonymous said...

pendapat dr insan yg meminjam PTPTN dan x lah kaya dan bknlah org ptptn...

dari segi kiraan sy, kalau x betul tlg la betulkan..

tempoh bayar balik yg tertulis di atas dari 2003 - tamat, saya anggrkan 15.5 tahun iaitu 2003-2008 dan 10.5 thn dari sistem ujrah...

pinjaman asal = 24000
dengan menggunakan sistem 3% sehingga tamat =
(24000 x 3% x 15.5 thn)+ 24000 = 35160

dengan menggunakan sistem ujrah sehinnga tamat byr =
2003-2008 (x buat byran langsung)= 24000x 3% x 5 thn = 27600
2008-tamat = (27600x1%x10.5thn) + 27600 = 30498

jadi sini kita boleh lihat untung/rugi = 35160 - 30498 =4662

dan 1 lg kemusykilan sy :

15-- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji TANPA BOLEH MENGELAK daripada membayar pinjaman ini.

kenapa perlu ada ayat MENGELAK disitu..majoriti masa belajar, bila awal semester mesti semua student bertanya2 bila duit ptptn nk masuk tp bila dh keluar bekerja, semua buat2 lupa nk byr...sistem potongan lebih senang tanpa perlu beratur pjg di bank atau membuat transaksi di internet(ada potongan jugak kn rm1)

pikirkan juga la masa depan adik2 dan anak2 kita...kalau kita ni mmg kaya, x perlu lah buat pinjaman utk mereka..kalau x kaya??

syazana said...

KUALA KRAU - Seramai 200,000 peminjam Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN) gagal dihubungi berhubung pembayaran balik pinjaman.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, pihaknya telah menggunakan pelbagai saluran termasuk media bagi mengingatkan peminjam namun masih ramai yang gagal berbuat demikian.

"Saya memohon kepada ibu bapa atau penjaga kepada peminjam terbabit menasihati anak-anak mereka yang menerima pinjaman tersebut supaya menjelaskannya dalam tempoh ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru di Sekolah Kebangsaan Jengka 18 di sini semalam.

Menurut Ismail, sasaran kutipan hutang pinjaman itu ialah sebanyak RM4.1 bilion pada tahun lepas tetapi jumlah yang berjaya dikutip hanya RM2 bilion atau sebanyak 48 peratus sahaja.

Dalam pada itu beliau berkata, PTPTN memperuntukkan RM6 bilion sebagai pinjaman kepada 235,000 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta pada tahun ini.

Jelas Ismail, para pelajar perlu membuat permohonan melalui dalam talian dan akan ditawarkan pinjaman itu untuk sesi pengajian September ini.

- Sumber: Berita Harian

P/S : Apa masalahnya dengan PTPTN ni? Zaman kan dah maju. Korang dah ada nama peminjam & IC diorang. Trace la dgn mana-mana bank, TM ke, Celcom ke, Maxis ke, dll. Trace org-org ni sampai dapat & jgn sampai naikkan kadar % yg menyusahkan org yg sedang mebayar balik pinjaman.

Anonymous said...

to all,
i just want to say, Don't trust PTPTN...
me...aku dah terkena...from my statement, kata dah abih bayar but when i asked the Surat Pelepasan,.....ada hutang lagi!!!! saper tak sakit hati...saya sanggup bersusah payah nak bayar..but in the end, dikatakan org yg tak cukup pelajaran...just want 2 ask,kalau anda tgk statement yg dihantar + online, kata BAKI 0-0 ANDA PERCAYAKAN?...then suddenly kata ada hutang..how do you feel???conclusion, if you rase2 dah nak abih bayar tu, plez go to their office, setelkan and ask 4 , SURAT PELEPASAN HUTANG/ SURAT yg MENGESAHKAN ANDA SUDAH HABIS MEMBUAT PEMBAYARAN...kalau tak JGN TERKEJUT TIBA2 KATA ANDA MASIH BERHUTANG!!!!!!
P.S: THANK 2 MY FRENZ,KALAU DIA TAK CAKAP TENTANG SURAT NI, MATI2 I PERCAYA I DAH ABIH BAYAR...rupa2nya ada lagi.....and lastly, i don't like 2 complaint but dah kena kat hidung sendiri baru tau apa yg others bisingkan tu

syazana said...

thanks for sharing :)

Anonymous said...

bila kerajaan tak sediakan dana untuk menyambungkan pelajaran, dikatakan kejam lepas dah ada kerja mula kata macam-macam, sedangkan pinjam duit dari bank untuk kahwin, beli kereta boleh pulak, sedangkan keuntungan yang dikenakan separuh dari pinjaman

Tommy said...

Sy pun tak puas hati ptpn ni ..dulu masa apply tiada pula bgtau interest sama mcm bank lg teruk dr bank siap ada caj2 segala lagi. Tunggu lah kna panggil mahkamah sy mau tanya sistem apa yang diaorg guna ni... Kemasukan kolej dan kelayakan pinjaman dulu punya la blagak mcm bantu org. Rupanya nak ambil keuntungan... Klo ko nak minta byr balik sy bayar tapi tiada interest!.. kalau tahu interest ni tinggi mcm ni bagus sy ambil kos yg murah2

Post a Comment