Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Wednesday, January 12, 2011

Tips: Bagaimana Lelaki Nak Jadi LEBIH KACAK?

Lelaki kacak dan dot dot dot
Source: Cokilala.com


1-- Sentiasa tukar cadar dan sarung bantal 
Cadar dan sarung bantal adalah salah satu penyebab masalah kulit wajah. Apabila kulit wajah terkena pada permukaan fabrik cadar dan sarung bantal, kotoran dan bakteria itu akan melekat. Ia akan menutup liang-liang roma dan keadaan ini menyebabkan terjadinya jerawat. Oleh itu gantikan cadar dan sarung bantal anda dengan lebih kerap.

2-- Syampu rambut tidak lebih dari sekali sehari
Sebaik-baiknya anda perlu mencuci rambut sekurang-kurangnya 3 kali seminggu sahaja dan pilihlah syampu yang bersesuaian untuk rambut anda. Selepas bersyampu, pastikan anda gunakan perapi bagi melembap dan melembutkan rambut.

3-- Floss gigi setiap hari dan lakukan pemutihan gigi setiap 6 bulan
Untuk senyuman yang menawan, anda perlu rajin memberus gigi dan lakukan proses floss setiap hari. Amalan ini bukan sahaja dapat mengurangkan masalah bau mulut tetapi juga dapat menanggalkan sisa-sisa makanan yang terlekat di celah-celah gigi. Untuk menjadikan gigi lebih putih, anda juga disarankan untuk melakukan proses pemutihan gigi 6 bulan sekali. Selepas seminggu melakukan proses pemutihan, elakkan mengambil makanan yang meninggalkan kesan di gigi seperti kopi, sos soya serta minuman beralkohol.

4. Gunting rambut setiap 3 - 6 minggu sekali
Sentiasa tampil dengan rambut yang digunting rapi agar kelihatan kacak dan bergaya. Anda tidak perlu bersusah-payah menghabiskan duit, sebaliknya anda boleh ke kedai gunting biasa yang lebih murah harga perkhidmatannya. Murah dan cepat. Sekiranya anda mempunyai salun yang sering anda kunjungi, pastinya pendandan rambut yang selalu memotong rambut anda sudah tahu potongan rambut yang sesuai dan jangan lupa rapikan rambut anda sebelum keluar rumah.


P/S; Anti lelaki pengotor. Read more!

Wednesday, December 15, 2010

Bersihkan bekas air liur tu!

Shiapa kat sini ade bantal busyukkk? Angkat tangan!
Eeeeee, tak malu, da besaw² still peluk bantal busyuukkk... =}

Sumber: Google je.

Biasanya, orang lain kata bantal tu busuk. Kita tengok tak busuk pun. Memang la tengok tak nampak busuk. Bau kena guna hidung, ye tak? Kadang² ghoman (dalam N.Sembilan bermaksud rupa), ghoman eh dah itam berkeladak, berpeta² (sape punya tuuuu?). Da lunyai lembik dikerjakan. Yelah, tanpa bantal busuk tu takleh tido malam la.... Terkelip² mata tu. Nak jugak bantal busuk. Eh, eh, bukan saye, bukan saye.

Saya takde ade bantal busuk. Eh, takdelah. Eh, macam ade. Eh, entah. Saye pun tak tau ape status bantal² kat dalam bilik tu. Sebab sumenye...tuuuttt..hahahahhaha. Bukannya ape, saya ade 2 rumah. Satu rumah sewa kat Batu Pahat, satu lagi bilik kat umah family Seremban. Takkan saye nak bawak ke hulu, ke hilir dalam kereta merah menyala. Orang intai² tengok ade bantal busuk. Buat malu je. So, kat rumah sewa adelah bantal kecit buat tutup² muka sebelum tido & kat umah family pon ade jugak teddy penyek yang dibuat peluk. Sampai da koyak² pun sanggup jahit balik tu.

Tah ape rupa dah jadinya.. tangan pun dah hilang sebelah.

Kategori benda alah kat atas ni bukanlah bantal busuk sebab saya selalu basuh ok (semua orang pun takmo ngaku busuk). Dulu, pernah lah ade bantal busuk tapi da kena buang ngan Mama, (henshenshens kontrol hidung, kontrol hidung). Yang special nya bantal tu, saya guna dari saye kecit lagi. Siap ade gambar lagi tapi masa tu bantal tu dikategorikan lawa lagi. Sadis. Maaf, tiada gambar untuk tatapan korang sebab gambar tu menunjukkan aurat saya.

Housemate saya pun ade jugak (oops, oops) tapi dia selalu tak kasi saya pegang, katanya busuk. Tapi bila saya cuba bau, em, em, takde pun. Eh betul lah, tak tipu ni. Bau tu pun subjektif. Ada orang kata busuk tapi orang lain kata tak busuk pun. Kalau nak ikutkan hidung saya ni memang sensitif bau busuk. Bila saya tak bau tu, kira orait la tu.

Saya ade buat research tau sebelum nak bukak entry ni.

1-- Kenapa seseorang tu boleh ada bantal busuk?
Dikatakan sebagai tabiat tak nak berenggang dengan bantal. Diipanggil "clinging behaviour" atau tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu benda dan tidak mahu berenggang dengannya.

2-- Apakah objek yang selalu dijadikan bantal busuk?
Bantal atau anak patung. Ade sesetengah orang menjadikan kain selimut, sapu tangan dan seumpamanya sebagai objek selesa mereka. Aduih, kira betul la saya ade bantal busuk ni? Em, em, em.

3-- Berlaku kepada siapa? Dan kenapa?
Biasanya budak² yang ada bantal busuk ni. Bila tak dikawal sebab tu lah, sampai da besar pun ada bantal busuk. Tapi itu bukanlah satu perkara buruk.
Bermula di rumah dan berlaku kepada budak yang kurang stimulasi dan mahukan sesuatu atau peneman untuk menenangkan diri mereka.
Biasanya akan memegang atau memeluk bantal, kain atau anak patung sebelum tidur kerana rasa ingin ada seseorang bersama mereka. Atau disebabkan oleh rasa ingin selamat (sense of secure).

4-- Apa jadi kalau bantal busuk tu dibasuh?
Boleh ke korang tido kalau bantal tu dah hilang baunya? Kalau dibasuh atau diganti dengan yang lain, kompem tak boleh tidur sebab asyik terhengat² dengan bantal busuknya.

5-- Sedikit info & petua pasal menjaga reputasi bantal busuk anda:
Cucilah setiap 3 bulan sekali atau tukar setiap enam bulan. Sebab lepas je enam bulan, 10 peratus daripada bantal korang akan mengandungi hama, najis hama & peluh. Bila bernafas, mula lah nak bersin, berhingus kan? Ha, hama² tu yang buat jadi lelah, & resdung.


P/S; Takleh tido kalau tak peluk benda.
Ada bantal busuk lebih baik daripada ada hati busuk. Sekian. Read more!

Monday, December 13, 2010

Kenapa Lelaki Suka Perempuan Tua? Kenapa Perempuan Suka Lelaki Muda?

Muda ke tua? Sumber: Google.com
Kenapa lelaki suka wanita yang lebih berusia?
Kenapa wanita suka lelaki yang lebih muda?

Jawapan saya senang je. Sebab dah suka. Hahahahaha.
Lagipun, saya sendiri mengalaminya. Senyum.


*****

Lelaki suka wanita yang lebih tua kerana:
1-- Mereka adalah lebih matang, tenang & realistik
2-- Mereka bersifat keibuan, terutama yang anak sulung
3-- Mereka kebanyakannya berkerjaya dan berharta atau stabil
4-- Mereka berusia lebih hebat dan penuh keyakinan kerana pengalaman mereka
5-- Mereka berusia nampak jelita dari segi penampilan dan kesihatan, sebab mereka berduit
6-- Mereka berusia lebih menghargai hidup & bersikap positif

Negatif berkahwin dengan perempuan lebih tua:
1-- Tanggapan buruk orang sekeliling atau tentangan keluarga
2-- Perbezaan umur akan memberikan perbezaan gaya hidup, mungkin berlaku 'queen control' atau perempuan bersikap ego
3-- Daya tarikan makin berkurang bila umur meningkat

Tips Mengekalkan Hubungan Dengan Lelaki Lebih Muda:
1-- Menjaga penampilan. Buang jauh² rasa rendah diri. Bila kita yakin, kecantikan akan lahir secara semulajadi.
2-- Tonjolkan kelebihan non-fizikal, contohnya, memahami dan menyokong kerjaya suami, atau mengambil hati dengan memasak.
3-- Jangan memaksa diri untuk mengikuti aktiviti orang muda sebaliknya tunjukkan minat terhadapa apa yang dilakukannya walaupun anda tidak berminat.

*****

Wanita suka lelaki yang lebih muda kerana:
1-- Mereka lebih setia
2-- Mereka lebih manja & boleh bergurau
3-- Mereka lebih memahami berbanding lelaki lebih tua
4-- Mereka sanggup & berani pegang tanggungjawab
5-- Mereka menghormati wanita berusia
6-- Mereka lebih bersemangat dalam mencari nafkah dan mencari ilmu.
7-- Orang kata, kahwin dgn lelaki muda ni, murah rezeki, tak tahulah..

Negatif berkahwin dengan lelaki lebih muda:
1-- Biasanya lelaki lebih muda kurang matang. Sama juga kalau lelaki tua berkahwin dengan perempuan muda, perempuan muda kurang matang.
2-- Ada sesetengah mereka masih belum bersedia nak pegang tanggungjawab.
3-- Kurang memahami pasangan
4-- Kemungkinan berlaku poligami atau dirampas orang lain, kata pun mudaaaaaa
5-- Kuat merajuk daripada wanita

Tips Mengekalkan Hubungan Dengan Wanita Berusia:
1-- Cuba memahami perasaan & dilema mereka
2-- Kadang-kadang cuba manjakan mereka
3-- Berubah lebih matang & bertanggungjawab
4-- Elakkan aktiviti luar sebaliknya habiskan masa bersama. Cari aktiviti yang boleh dilakukan bersama.
5-- Sentiasa menghargai mereka kerana mereka akan rasa rendah diri bila usia semakin meningkat

*****

Kesimpulannya, kalau nak bahagia, bukanlah umur penentunya, tapi sikap matang & tanggungjawab untuk menjalankan tugas masing² dlm rumah tangga tu yang laaaagi penting. Perlu ada kesedaran dalam diri sendiri sebab bila dah pilih jalan tu, kenalah teruskan. Janganlah bila dia dah tua, ditinggalkan untuk orang yang lebih muda. Sadisnya.


P/S; Susahnya nak pujuk Ayang. Haishhh.. Read more!

Friday, November 26, 2010

Tips Menakutkan Budak Baaaru Nak Buat Salah

[*Sumber dari Google]
Death stare. And you are dead-meat!

Ini adalah cara saya mendiamkan students yang perilakunya tak berapa berkenan di mata saya. Tak kesah di dalam kelas or di mana² di dalam sekolah. Biasanya saya akan gunakan bahasa tubuh berbanding bahasa lidah. Caranya senang. Pandang individu itu sehingga tembus. Bila selalu gunakan ini dan sukses, mereka dah tahu, kalau cekgu buat stare death looking je, takyah la buat lagi.


[*Sumber dari Google]
Cekak pinggang.

Aksi cekak pinggang turut membantu supaya pelajar yg buat salah tu terhenti sekejap. Bila dah cekak pinggang tu, paham² jelah nak buat apa. Takkan cekak je pinggang tu...


[*sumber dari Google]
Bawa rotan ke mana sajee

Selalunya saya juga akan merayau-rayau di kawasan sekolah dengan membawa rotan. Saya tak rotan tapi sekadar cukup untuk menakutkan pelajar yg takut² buat salah. Biasanya kalau students da kenal kita macamana, kompem melarikan diri daripada dilihat leh si cekgu ini.


[*Sumber dari Google]
Berjalan laju

Antara yang penting adalah, berjalan laju supaya cepat sampai ke dalam kelas yg bising atau tempat sasaran. Kalau boleh jalan laju dengan senyap, itu lebih baik. Supaya students yang duduk lepak, merokok dalam tandas, dating ke, tak sedar yang cekgu killer da sampai. Ahaa.. Bila cekgu killer dah sampai, dengan stare to death looking, cekak pinggang & rotan di tangan.......


[*Sumber dari Google]
Kekuatan suara 3 orang.

Kekuatan suara juga memainkan peranan. Perlukan nada yang betul. Supaya mereka sedar yang kita betul² marah. Lontarkan suara dari perut. Ada sekali, saya sakit tekak, anda masih boleh mengeluarkan suara dengan kekuatan 3 orang. Power tak? Satu sekolah boleh tahu, itulah cekgu Syazana.


[*Sumber dari Google]
Muka cekgu maintain garang, okeh?

Dan, ketika anda cuba menghampiri mereka, mungkin ada di antara pelajar itu akan cuba membodek merayu, buat muka kesian dan sebagainya. Yang penting, jangan termakan bodek pujuk rayu itu. Muka cekgu kenalah maintain garang. Jangan senyum walaupun mereka buat kelakar. Sekian.


P/S; Petua ini hanyalah laku untuk saya menakutkan pelajar. Pelajar masih memerlukan nasihat secara psikologi. Panggil pelajar untuk bersemuka dgn guru dan berbincang. Tapi, kalau budak yang dah degil sangat tu, hantar je kat guru disiplin. Habes cerita.
Read more!