Monday, December 13, 2010

Kenapa Lelaki Suka Perempuan Tua? Kenapa Perempuan Suka Lelaki Muda?

Muda ke tua? Sumber: Google.com
Kenapa lelaki suka wanita yang lebih berusia?
Kenapa wanita suka lelaki yang lebih muda?

Jawapan saya senang je. Sebab dah suka. Hahahahaha.
Lagipun, saya sendiri mengalaminya. Senyum.


*****

Lelaki suka wanita yang lebih tua kerana:
1-- Mereka adalah lebih matang, tenang & realistik
2-- Mereka bersifat keibuan, terutama yang anak sulung
3-- Mereka kebanyakannya berkerjaya dan berharta atau stabil
4-- Mereka berusia lebih hebat dan penuh keyakinan kerana pengalaman mereka
5-- Mereka berusia nampak jelita dari segi penampilan dan kesihatan, sebab mereka berduit
6-- Mereka berusia lebih menghargai hidup & bersikap positif

Negatif berkahwin dengan perempuan lebih tua:
1-- Tanggapan buruk orang sekeliling atau tentangan keluarga
2-- Perbezaan umur akan memberikan perbezaan gaya hidup, mungkin berlaku 'queen control' atau perempuan bersikap ego
3-- Daya tarikan makin berkurang bila umur meningkat

Tips Mengekalkan Hubungan Dengan Lelaki Lebih Muda:
1-- Menjaga penampilan. Buang jauh² rasa rendah diri. Bila kita yakin, kecantikan akan lahir secara semulajadi.
2-- Tonjolkan kelebihan non-fizikal, contohnya, memahami dan menyokong kerjaya suami, atau mengambil hati dengan memasak.
3-- Jangan memaksa diri untuk mengikuti aktiviti orang muda sebaliknya tunjukkan minat terhadapa apa yang dilakukannya walaupun anda tidak berminat.

*****

Wanita suka lelaki yang lebih muda kerana:
1-- Mereka lebih setia
2-- Mereka lebih manja & boleh bergurau
3-- Mereka lebih memahami berbanding lelaki lebih tua
4-- Mereka sanggup & berani pegang tanggungjawab
5-- Mereka menghormati wanita berusia
6-- Mereka lebih bersemangat dalam mencari nafkah dan mencari ilmu.
7-- Orang kata, kahwin dgn lelaki muda ni, murah rezeki, tak tahulah..

Negatif berkahwin dengan lelaki lebih muda:
1-- Biasanya lelaki lebih muda kurang matang. Sama juga kalau lelaki tua berkahwin dengan perempuan muda, perempuan muda kurang matang.
2-- Ada sesetengah mereka masih belum bersedia nak pegang tanggungjawab.
3-- Kurang memahami pasangan
4-- Kemungkinan berlaku poligami atau dirampas orang lain, kata pun mudaaaaaa
5-- Kuat merajuk daripada wanita

Tips Mengekalkan Hubungan Dengan Wanita Berusia:
1-- Cuba memahami perasaan & dilema mereka
2-- Kadang-kadang cuba manjakan mereka
3-- Berubah lebih matang & bertanggungjawab
4-- Elakkan aktiviti luar sebaliknya habiskan masa bersama. Cari aktiviti yang boleh dilakukan bersama.
5-- Sentiasa menghargai mereka kerana mereka akan rasa rendah diri bila usia semakin meningkat

*****

Kesimpulannya, kalau nak bahagia, bukanlah umur penentunya, tapi sikap matang & tanggungjawab untuk menjalankan tugas masing² dlm rumah tangga tu yang laaaagi penting. Perlu ada kesedaran dalam diri sendiri sebab bila dah pilih jalan tu, kenalah teruskan. Janganlah bila dia dah tua, ditinggalkan untuk orang yang lebih muda. Sadisnya.


P/S; Susahnya nak pujuk Ayang. Haishhh..

2 comments:

miss miera said...

blogwalking ....
kalo rajin follow la miera ek...
t miera follow awak balik

:))

hq said...

i follow

Post a Comment