Monday, December 6, 2010

Saman Had Laju

Oh! Duit terbang. Saman lagi.


Senarai Harga Kompaun bagi kesalahan² jalanraya yang boleh di syorkan kompaun sebagai rujukan kawan² dan pengguna jalan raya yang lain.

Sementara masih ada diskaun 50% sebelum 15hb ni, cepat² la bayar saman ni. Kalau tak, nnti ada 30% je diskaun. Okay? Saya pun nak bayar saman ni, speed trap, biasa laa...

Berikut adalah kesalahan jalanraya & kompaun yg dikenakan:
1-- Melebihi had laju (tak kira berapa byk km/j lebih)
2-- Potong Barisan
3-- Memandu Di Lorong Kecemasan
4-- Memotong Di Dua Garisan Berkembar
5-- Gagal Patuhi Lampu Isyarat (Termasuk di zebra lane)

Semua diatas boleh di kompaun RM300

6-- Memotong di sebelah kiri - RM200
7-- Membuat Pusingan U di tempat yang tidak dibenarkan - RM200
8-- Menggunakan Telefon Bimbit tanpa alat bebas tangan ketika memandu - RM200
9-- Cermin Gelap - RM200
10-- Gagal Pamer No Pendaftaran / Tidak Ikut Spesifikasi - RM80
11-- Pamer No Pendaftaran Mengelirukan - RM80
12-- Tidak Pamer/Tidak Bawa LKM (roadtax) - RM120
13-- Lesen Memandu CDL/PDL tamat tempoh - RM120
14-- Tiada Lesen Memandu - RM120
15-- Tidak Patuh Syarat PDL (cth tak lekat L pada motosikal) - RM80
16-- Tidak Berhenti bila ditahan anggota beruniform - RM200
17-- Bawa lebih dari sorang pembonceng (utk motosikal) - RM100
18-- Gagal kemuka lesen memandu ketika diperiksa - RM80
19-- Berhenti di petak kuning - RM80
20-- Tidak jaga tayar dengan baik/tayar botak - RM80
21-- Lampu Isyarat/Lampu Brek tidak berfungsi - RM80
22-- Pengilap Cermin Tidak Berfungsi - RM80
23-- Meter Kelajuan Tidak Berfungsi - RM80
24-- Tidak Pasang Cermin Sisi (Motosikal) - RM60
25-- Tidak Memakai Tali Pinggang Keledar - RM80
26-- Ekzos Bunyi Bising/Tidak Jaga Silenser@Ekzos - RM80

Harga ni dah byk kurang dari tahun lepas dan semua kompaun JPJ TIDAK BOLEH DI KURANGKAN untuk kes-kes melibatkan pemalsuan Lesen Memandu, LKM (roadtax), LKM tamat tempoh, Tiada Perlindungan Insuran saman tidak boleh di kompaun. So kena gi mahkamah dan bayar denda di mahkamah, sekian.


P/S; Pandu laju kerana pengaruh ayah, mama, adik & ...

3 comments:

Aujinz said...

hahahhaha... kenapekah family yang di persalahkan?..

syazana said...

maksud sy di situ, kerana sy melihat mereka juga memandu laju. sudah terbiasa kira nya ;)

mei cing said...

kereta dah d saman pdrm ( LKM tamat tempoh )dan keta x insurans...so,amacam nak settle yer...nak tahu berapa harga denda tu....

Post a Comment