Friday, December 10, 2010

Bangunan Nak Tinggi

Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; Suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim."
(Hadis Riwayat Ibn Majah)

Dah baca hadith sahih tadi? Bagaimana Rasulullah menyatakan tanda kelima untuk Kiamat. Ya, ramai yang berlumba-lumba nak mendirikan bangunan yang tinggi, bersaing antara satu sama lain.


Menara Jam Abraj Al Bait terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram - bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian keseluruhan adalah 601 m, mengatasi menara Taipei 101 (509 m) dan berada di belakang Burj Khalifa (828 m) - Sumber: Salafus-sholih.blogspot.com

Sumber: Google.com

Sedarkah anda wahai Perdana Menteri tersayang, bahawa anda baru sahaja menunjukkan petanda nak Kiamat. Buat apalah nak bina bangunan 100 tingkat tu? Nak beat Tun Dr. Mahathitr ke? Nak jadi PM bukan bermakna dapat menyediakan bangunan tertinggi dengan mengambil duit peruntukan gaji untuk rakyat yang menjawat jawatan awam. Saya terdengar ada sumber menyatakan 1.5 billion tu cukup untuk bayar bonus untuk penjawat awam. Em, em, em, saya tak paham kenapa lah.

Gaji tak naik-naik. Bonus pun macam ada takde. Tapi harga minyak, naik, naik, naik. Dah naik 3 kali rasanya. Harga gula pulak dah naik.

Kalau zaman sahabat Rasullullah s.a.w. menjadi Khalifah iaitu bergelar khulafurrasyidin. Mereka adalah Abu Bakar As-Shiddiq, Umar bin Khattab, Uthman bin Affan, dan Ali bin Abi Thalib. Keempat sahabat tersebut mempertahankan Islam berdasarkan ajaran Nabi Muhammad s.a.w.

Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a. adalah sahabat nabi yang paling kaya sekaligus paling dermawan. Tapi kaya beliau, masih tetap menjadi pemimpin yang hebat. Sebab beliau adalah seorang dermawan. Bila Umar al-Khattab r.a. menjadi khalifah pula, beliau tidak mahu mengambil kekayaan sedinar pun. Bahkan, ketika ada seorang ibu yang mengeluh bahwa pemimpin Islam tidak tahu pada kemiskinannya, Umar menyamar dan membantu ibu itu. Pemimpin kita ada tak buat macam tu?

Uthman bin Affan r.a. adalah sahabat Nabi yang kaya, seperti Abu Bakar. Ali bin Abi Talib r.a. adalah sahabat nabi yang paling cerdas. Beliau juga sangat hebat dalam berperang. Disebabkan itu, Ali mendapat gelar "Singa Allah" dan “Karramallahu Wajhah” yang bermaksud orang yang dimuliakan Allah wajahnya, kerana tidak pernah menyembah berhala sejak lahir. Melalui Ali jugalah keturunan Nabi dilanjutkan kerana Ali menikahi Fatimah, puteri kesayangan Nabi.

Jadi wahai pemimpin-pemimpin rakyat di Malaysia sekalian, kebendaan bukanlah yang perlu anda kejarkan. Sifat kepimpinanmu itu yang lebih penting. Ingatlah ketika dalam alam kubur nanti, anda akan ditanya tentang keadaan negara semasa anda memimpin. Apa yang akan anda jawab? Fikir-fikirkanlah.

Bukan duit, bukan harta yang dikumpulkan.

P/S; Sesi munasabah diri. Bernasib baiklah saya bukan PM sebab banyak beban yang perlu saya pikul dengan jujur & amanah.

2 comments:

naz said...

setuju. tapi mesti ada kontra. kemajuan harus seiring dengan pembangunan yang di kelolai oleh rakyat :)

syazana said...

saya tak salahkan kemajuan. saya salahkan kenapa nak dirikan bangunan sampai seratus tingkat tu. bukan saya mintak nak jadi mundur macam negara dunia ke-3 tu.

Post a Comment