Tuesday, December 7, 2010

Qarin - What Is It?

Qarin.
Teringat masa sekolah dulu, Ustaz Fauzi pernah bercerita bahawa setiap manusia ada kembarnya, iaitu qarin.

Qarin ni apa bendanya? Manusia jugak ke? Roh ke? Atau...?
Korang tentu tahu, di sebelah kanan kita ialah Malaikat yg akan menyuruh kita membuat perkara-perkara baik. Qarin ni pulak berada di sebelah kiri dan mengajak kita membuat perkara perkara yg jahat, contohnya membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Sumber dari Google.com

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini memang ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Oh. Ape cerita menarik pasal qarin ni?
Ada yg cerita pasal jelmaan orang yang dah mati akan muncul di tempat ia pergi sebelum meninggal, mungkin disebabkan kemalangan atau dibunuh. Ala...macam cerita orang dulu² pasal nampak perempuan cantik jalan seorang diri. Bila orang berhenti untuk ditumpangkan, perempuan cantik tu menunjukkan arah ke rumah nya. Esok lusa bila pergi ke rumah tu, family dia cakap yang perempuan tu dah lama meninggal. Semalam adalah ulangtahun kematian yang ke-3 dan sebagainya.



So, apa kata anda? Pernah jumpa Qarin?

P/S; Saya selalu terlupa perkataan Qarin.

3 comments:

tengkorakemas said...

qarin akan melakukan benda yg sama dibuat si mati, terutama yg bunuh diri, selalunya mcm tula..

syazana said...

betul, betul, encik tengkorak emas dah tahu..

Anonymous said...

camne nak control qarin kita tu.. kalau boleh jadikan dia org suruhan kita pun ok gak ni

Post a Comment