Monday, August 9, 2010

Takde Teori Darwin, ok?

Curik dari Google.com

Ikutkan pemikiran saye, Teori Evolusi Darwin atau Darwinisme adalah salah.
Mane la datang nye pemikiran yg manusia berasal dari beruk.
Kalau manusia jadi beruk....ha...baru ade.

Dalam Al-Quran dah menyatakan; (Surah Nuh 71: 14) - Firman Allah s.w.t bermaksud: "Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan berperingkat-peringkat."
Peringkat² tu bukannya evolusi manusia dari beruk menjadi manusia, tapi.....dari bentuk sperma, menjadi segumpal darah dan menjadi seketul daging.

Selaras dengan firman Allah s.w.t (Surah Mu'minun 23: 14) yang bermaksud; "Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang² itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yg lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta."

Kita adalah makhluk ciptaan Allah s.w.t yg dijadikan sempurna dgn pembuktian Sains.
Sperma disenyawakan dalam rahim wanita dan berkembang menjadi zigot, kemudian bertempel di dinding uterus menjadi blastosis. Zigot tadi berkembang menjadi embrio (janin).
Bila dah lahir, jadi bayi. Lepas tu, jadi kanak², remaja, dewasa dan tua. Itulah manusia.

Takkan kerana jumpa tulang rangka, gigi dan sebagainya tu dah membuktikan manusia berasal dari beruk?
Dalam sejarah Islam, kaum Aykah yg telah ditukarkan menjadi beruk kerana kedegilan kaum itu melanggar larangan Allah menangkap ikan pada hari Sabtu. Allah melarang mereka menangkap ikan pada hari sabtu kerana hari itu adalah hari kebesaran bagi kaum yahudi. So, turun lah azab tu kepada mereka.
Tulang² itu mungkin adalah milik kaum Aykah tu.

Cubaan nak meng'islam'kan teori tu langsung tak menjadi.
Takde tempat nak tipu, takde tempat nak selit² maklumat lain.
Dah sah² salah dari segi agama, apatah lagi Sains. Betui dak?

P/S ; Moyang siapa beruk? Angkat tangan! Hahahahhahhahahahha. Beruk je yg angkat tangan.

No comments:

Post a Comment