Friday, October 15, 2010

Maybankard Failure?

Tahun lepas adalah first time nya saya join Maybank account bank.
Dapat Maybankard - gambar cherry. Debit kad.



Nak dijadikan cerita, kad tu tak boleh diproses.
Geram dibuatnya! Dah try guna di ATM Maybank, dari Kajang ke Batu Pahat.
Paparan tulisannya tetap sama.

Kad anda tidak boleh diproses.
Sila ambil kad anda dan hubungi bank.


Kepala hotak dia. Geram nya lah.

Nak kata kad rosak, elok je lagi. Calar takde lah sangat.
Siap bungkus dalam plastik lagi. Dah lah jarang guna.
Bila nak guna, macam tu pulak jadinya.
Before this, pernah jadi macam tu. Tapi bila try guna kat ATM lain, boleh pulak keluarkan duit.
Kad kalau elok lagi, takkan nak kena tukar?
Lain lah kalau bengkok ke, karat ke, calar-balar ke.
Dah lah kena bayar RM12!

Bila tanya kenapa kad boleh rosak.....

Saya; Emm. Macamana kad ni boleh rosak eh?
Staf; ....
Saya; Kad tu elok je lagi. Tak calar, tak rosak, tak karat. Saya simpan dalam plastik lagi. Dah lah jarang guna.
Staf; .... (tak dijawab) Dah lama guna kad ni?
Saya; Baru je lagi. Dalam setahun. Saya buka akaun kat bank ni lah.
Staf; .... (tak dijawab) Kerja ke belajar lagi?
Saya; Kerja.
Staf; Kat mana?
Saya; Sekolah. Cekgu.
Staf; Tak kerja ke?
Saya; Petang.
Staf; Ada buat simpanan atau insurans?


Ha.....? Itu yg dia sibuk nak tanya. Yang saya tanya? Tak terjawab pun.
Sibukkan side income. Customer services tak dilayan.
Fed up!

Housemate saya pun mengalami nasib yg sama.
Gunakan kad debit yang sama. Failure yang sama. Charge RM12 yang sama.

Kes lain - Rakan sekerja saya.
One day, beliau mengeluarkan duit dari Maybank dan ingat ada baki lagi RM100 dalam akaun.
Kemudian, bila kemudiannya beliau nak keluarkan duit tu, bila tengok baki tinggal RM80.
Pelik lah. Takkan main ambil duit orang macam tu je?

P/S; Perbaiki perkhidmatan anda!

No comments:

Post a Comment