Thursday, October 14, 2010

Good Hobby - Words In Word

Apa yg akan anda buat bila anda terpaksa menunggu tanpa boleh memegang handphone (dalamnya ada mp3s untuk didengar, boleh SMS dan boleh bermain game), dan ada buku tapi tidak boleh dibaca? Anda juga tidak boleh bercakap lama dengan orang yg ada di sekeliling. Apa yg akan anda buat jika hanya ada sebatang pen dan kertas kosong?

Jawapan yg mungkin saya dapat:
1-- Melukis
2-- Menconteng
3-- Mengira hutang
4-- Menulis lagu

Jawapan saya:
1-- Buat 'Words In Word'
2-- Buat 'Words In Word'
3-- Conteng

Ha......baru best! Ape tu Words In Word? Ada ke orang yg tak tahu? Kalau saya bagitau, mungkin tau kot.
Ala..game ni game words. Seorang diri pun jadi je.
Game yg sangat senang. Cari satu perkataan, biasanya saya gunakan English Words sebab lebih mencabar.
Kemudian, melalui huruf² yg ada dalam perkataan tersebut, saya akan cari perkataan lain yg boleh disusun, tidak kurang dari tiga (3) huruf.

Contohnya, perkataan HANDKERCHIEFS. Saya dapat hampir 150 perkataan daripadanya. Antaranya -- reached, hand, and, end, ends, chiefs, chief, dice, dean, niece, sir, refine, cheers, fakers, fake, resend, share, chains, care, ink and so on.
Untuk nampak lebih teratur, biasanya aturkan huruf bermula dengan huruf A hinggalah ke Z.

Banyak perkataan yg saya sudah cari, contohnya ENCYCLOPEDIA, SATISFACTION, ACCOMPLISHED, ACKNOWLEDGE, PROCRASTINATION, GEOINFORMATIC, PERPENDICULAR, QUADRILATERAL & CEREMONIAL.
Ini adalah perkataan utama yg telah saya gunakan untuk game ni semasa saya mengawas peperiksaan.
Untuk tahan mengantuk, saya terpaksa bermain.

Kelebihannya, kalau orang yg mengandung bermain words game ni, insyaAllah, anak dalam kandungannya tu akan pandai, berfikir macam emaknya. Amacam? Baguih dak?

Ada sumber bagitau saya, game ni boleh dikira markah perkataan tu. Kalau perkataan yg kita cari tu panjang, banyak lah markah yg kita dapat. So, kita boleh compete dengan kawan. Mungkin kita bagi masa dalam 2 jam, cari perkataan, lepas tu kira markah siapa yg banyak. Itu untuk orang yg suka berdaya saing ;) --- macamana nak kira ye?

Saya da Google-ing malam tadi, jumpa link yg baik.
-----> http://www.wordles.com/getWordsInWords.aspx untuk Words in Word.



Link ni akan menyenaraikan perkataan yg tersembunyi tapi hanya untuk bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, link ini juga menyenaraikan perkataan yg pendek seperti a, an, ad, ae dan game yg saya main meminimumkan huruf kepada tiga (3) sahaja. Jadi untuk perkataan yg ada dua (2) atau satu (1) huruf, saya tak terima!

P/S; Sorry lah game saya agak skema. Tapi game ini bagus untuk otak.

No comments:

Post a Comment