Friday, October 15, 2010

GSTT oh GSTT!

A mean teacher (Google.com)
Kali ni nak buat topik menyindir mengutuk pulak.
Pasal kegeraman kepada beberapa orang yang lebih sudu dari kuah.
Saya ni tak lah sempurna mana. Tetapi ada beberapa masalah yang telah ditimbulkan leh beberapa orang GSTT yang memburukkan nama mereka sendiri di tempat kerja.
Bukan sahaja masalah pentadbir yang beri muka, tetapi mereka juga yang tak sedar diri.

1-- Lebihkan kerja sosial daripada akademik.

Boleh pulak cekgu biasa me'relief'kan GSTT ni yang keluar sekolah kerana aktiviti luar. Padahal GSTT tidak boleh bawa budak keluar untuk aktiviti ko-kurikulum. Mama saya pernah menghadiri suatu kursus yang dianjurkan oleh PPD, di mana pada waktu pendaftaran, pegawai PPD telah menanyakan jika ada GSTT yang hadir kursus itu, diminta pulang ke sekolah. Segala kos dan akibat ditanggung sendiri. Ini kerana, GSTT tidak boleh meninggalkan sekolah.

2-- Kuat mengampu.

Apa yang saya nak, mereka sedar diri dan lakukan kerja di sekolah hanyalah kerana kerja semata-mata kerana mereka berada di sekolah di atas kontrak dan boleh diberhentikan bila-bila masa. Bila dah tahu keadaanya begitu, lain pula kerja. Mengampu ketua yang kebetulan anaknya juga GSTT. Aduihh, payah lah.

3-- Mengajar MUET tetapi kertas exam suruh cekgu lain yang tanda.

Guru English banyak tetapi kerana nak menyelamatkan GSTT itu, disuruhnya GSTT mengajar MUET. MUET guru GSTT tersebut dah lah Band 3 je. Nak lebih². Alasan pentadbir menyuruh GSTT mengajar MUET adalah pelajar² tak malu untuk menutur bahasa Inggeris rojak jika cikgunya pun turut sama. Bila musim exam, dah lah kertas soalan cekgu tu dah sediakan, staplerkan. Dah mengajar, pandai² lah nak tanda. Boleh pulak suruh cekgu ni yang tanda. Haish.....

4-- Buli sesama mereka.

Bila ada yang muda sikit, terus nak buli habis-habisan. Bila ada yang pendiam sikit, bagi kerja banyak². Bila sesi mengajar berlainan je, bila ada meeting je, yang sesi petang je tak tahu. Bila tak tahu, salahkan orang tu. Kalau nak dibandingkan kerja kawan GSTT saya ni dan mereka, jauh berbeza. Kawan GSTT saya ni lebih banyak buat persediaan sebelum mengajar berbanding mereka ni. Sebab dia tahu, ayahnya juga cekgu. Tak macam GSTT lain tu.


Tolonglah, sedar. Awak tu hanyalah Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Orang yangberminat untuk jadi cekgu bukannya buat kacau kat sekolah saya! Dah lah takde sijil atau diploma atau ijazah dalam bidang perguruan. Sedarlah yang awak tu berkhidmat secara kontrak dan boleh ditamatkan bila-bila masa.

Saya ni bukan lah nak berkira sangat dengan mereka tapi kalau mereka sendiri yang buat onar? Saya tak pernah membezakan sesiapa. Yang saya minta cuma, behave. Walau bagaimana pun, tak semuanya yang begitu. Ada GSTT yang telah menjalankan tugas dengan baik. Pengalaman mereka itu boleh dihargai dan digunakan dengan menyerap mereka masuk menjadi guru tetap. Kalau lah saya boleh suggest kan nama siapa yang boleh dilantik atau diserap menjadi guru tetap..............

P/S; Maaflah kepada siapa yang terasa. Hormatilah orang yg sepatutnya dan lakukan kerja anda dengan ikhlas.

No comments:

Post a Comment