Thursday, November 25, 2010

Lee Min Ho

Siapa Lee Min Ho tu? Lelaki sebelah pintu ke? Hahahaha. Apa yang susahnya. Kalau tak kenal, Google aje. Dunia di hujung jari. Kompem jumpa gambar ni ------->

Bagi peminat drama Korea, kompem la kenal mamat ni siapa. Mane tak nya, style rambut dalam gambar ni je dah tahu dah, dia berlakon dalam siri Boys Over Flower (BOF) or Boys Before Flower (BBF).

Apa yang best pasal mamat ni? Takde ape yg best sangat pon, tapi saya baaaaaru je habiskan satu siri drama Personal Taste dalam masa 2 hari. Ehem, ehem, dia jadi GAY. Tapi tak la se-GAY yg sepatutnya sebab heroin Park Gae In (Son Ye Jin) yg assume beliau gay selepas beberapa insiden.

"Wahhhh, sangat cute wo." Itu kata adik saya, Wani ;) & saya juga.

Kalau tak best, kenapa la malam² buta ni belom tido lagi & semata² nak cerita pasal mamat Lee Min Ho ni. Ye tak?


Daripada bacaan saya melalui Rojakstory yang minat habess dgn Lee Min Ho ni, beliau sebenarnya adalah unknown sebelum berlakon dalam Boys Over Flower.

Eh, siapa tengok drama ni? Mane la tau kot tak tau plak siapa Lee Min Ho, siapa F4 tu kan.
Kalau dalam Boys Over Flower, beliau menjadi mamat kerek dalam group F4 - Gu Jun Pyo.

Actually, drama Boys Over Flower ni versi Korea. Saya dah pernah melayan habesss Meteor Garden 1 & 2 (versi Taiwan) sebab memang tersangatlah suka drama ni. Ingat lagi masa tu, zaman² tanam anggur lepas SPM, nonton drama Meteor Garden kat Ntv7. Memang syiok! **thumbs up. Siap beli koleksi DVD lagi tuu.... Tapi tak pernah pulak lagi tengok versi Jepun - Hana Yori Dango.

Watak beliau dalam Meteor Garden dipegang oleh my Jerry Yan (mamat yg encik boyfren saya pernah ter-jeles angkara saya terlampau memuji kemancungan kekacakkan dan ke- ke- ke- -an dia lah). Yang penting, persamaan Lee Min Ho & Jerry yan adalah kemahalan lesung pipit mereka! Awwwww......saya suuuuuuuuuuuke sangat ;)

Saya ter-Google jap tadi & jumpa picture ni.



Sumber dari Bernama eh silap, Flickr.

Gambar ini tak menampak ke-handsome-an Jerry Yan. Korang goole la sendiri, agak² handsome tu, tatap lah. Hihi.




P/S; Apasal la diorang ni handsome?

No comments:

Post a Comment