Tuesday, September 21, 2010

Kempen 'No Plastic Day' Sangat Cool!



Pernah sekali saya singgah di kedai Seven Eleven di Selangor.
Membeli barang dan saya tidak diberi plastik.
Saya tunggu selepas membayar.
Tetapi orang di kaunter tu kata, "Sorry kak, hari ni hari Sabtu."
Saya memandangnya dengan pelik. Malu pun malu, saya baru perasan ada poster kecit kat tepi saya, tulis, Hari Sabtu No Plastic Bag.
Biarlah orang kata saya ketinggalan ke apa ke.
Sebab saya memang baru tau, hari Sabtu adalah Hari Tanpa Beg Plastik.

Apa² pun, saya sangat menyetujui & menyokong kempen ni.

Yes, sebabnya......

1-- at least dapat mengurangkan kos membuat plastik
2-- petroleum tidak dibazirkan untuk buat plastic bag
3-- plastik sangat lambat untuk lupus [majoring in Chemistry, remember?]
4-- saya lebih suka kalau beli barang & dibungkus dalam brown-paper bag, terasa macam kat overseas gitu, laaaaaagi cool.



5-- ala, memang la beg kertas ni leceh kalau basah tapi kan lebih baik kita shopping sambil bawak beg shopping. Macam Tesco, Giant, Carrefour buat kempen beg boleh kitar semula ataupun Recyclable Bag. Stylo jugak beg ni. Sebab saya pernah beli.



P/S ; Saya juga menyokong Kempen Membaca. Generasi sekarang kurang membaca. Masa saya masih sekolah rendah, Mama pinjamkan buku dari library sekolah menengahnya. Saya banyak membaca, buat karangan, tambah pengetahuan. Kalau ditanya pada anak² di sekolah saya, belum tentu mereka tahu apa yg saya tahu bila saya sebaya mereka. Yang lebih sadis, mereka tahu perkara yg tak sepatutnya mereka tahu pada umur mereka. Pendek kata, dewasa sebelum umur. Akal belum cukup matang.

No comments:

Post a Comment