Wednesday, September 8, 2010

"Korek Hidung Batal Puasa Tak?""

Saya dapat ilham untuk post tajuk ini sempena bulan puasa.
Walaupun puasa tinggal lagi 2 hari lagi.

Teringat masa nak keluar berbuka dgn Mama, Shafiq & Juju.
Lalu sebelah kereta Saga. Driver nya tengah sedap mengorek hidung.
Girlfriend dia ada kat sebelah.
Shafiq gelak.
"Kot ye pon nak korek hidung, cover² la sikit. Pandai pulak cover dari girlfriend tu."
Huhu..

Teringat dulu², masa sekolah, ustaz tanya.
Boleh korek hidung ke time puasa? Korek telinga boleh tak?
Kami diajar, salah satu perkara yg membatalkan puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Antara contoh yg diberikan adalah korek hidung dan korek telinga.
Betul ke?

Ha...sebenarnya, korek hidung ke, korek telinga langsung tak membatalkan puasa.
Macamana boleh jadi macam tu kan?
Kalau kita berpegang pada Al-Quran & As-Sunnah, rujuk lah padanya.

Ada satu hadis telah menerangkan bahawa kita boleh memasukkan air ke dalam hidung ketika wudhu’ (bahkan memasukkan air ke dalam hidung/telinga (cuping) tu adalah salah satu tuntutan dalam berwudhu’) walaupun kita sedang berpuasa.

...berlebih-lebihlah dalam memasukkan air ke dalam hidung (memasukkan secara sepenuhnya) kecuali ketika berpuasa. (Hadis Riwayat Abud Daud, no. 2366, at-Tirmidzi, no. 788, an-Nasa’e, no. 87)

Ini membawa maksud bahawa memasukkan air ke dalam hidung ketika berpuasa adalah dibolehkan - hanya cuma, janganlah berlebih-lebihan iaitu cukup sekadar membersihkan kotoran.

Adapun perkara² yg lain yg membatalkan puasa adalah:

1 - Makan dan minum dengan sengaja/dalam keadaan sedar.
2 – Muntah dengan sengaja.
3 – Haid dan nifas
4 – Jima’.
5 – Suntikan yang berbentuk makanan.
6 – Mengeluarkan air mani dengan sengaja.

Perkara² yang dibolehkan meneruskan puasa:

1 – Masih dalam keadaan junub ketika waktu subuh.
2 – Bersiwak/menggosok gigi.
3 – Berkumur-kumur.
4 – Bermesra dan mencium isteri.
5 – Mengeluarkan darah atau suntikan yg bukan berupa makanan.
6 – Berbekam.
7 – Merasa makanan/masakan (dengan syarat tidak melepasi kerongkong).
8 – Memakai celak, menitiskan air atau ubat ke dalam/bahagian mata.
9 – Mencurahkan air ke atas kepala/mandi.

Perkara² yg mengurangkan pahala puasa:

1 - Berkata-kata akan hal yang sia-sia
2 – Berkata dengan mengatakan sesuatu yang dusta.

So..selamatlah puasa anda yang suka mengorek hidung. Huhu.


P/S ; Sedih, Ramadhan dah nak habis.

No comments:

Post a Comment